Monday, September 23, 2013

Lost and Found Trip 2013 : KL-HK-Guangzhou-Senzhen-Macau

salam pagi isnin :)

alhamdulillah....setelah setahun menunggu akhirnya tiba gak turn kami nak terbang...kali ni aku saje nak ke arah2 China sana...

Seminggu berkelana, memang sakit2 badan dibuatnya. sebab? asyik la mengangkut beg yang 10kg tu...kat tangan lagi...sampai terpaksa kami beli troli. nak memudahkan pergerakan....huhuhu

Nape plak aku namakan trip ni, 'Lost and Found'???jujur aku cakap, mana2 kami pergi CONFIRM sesat..tak dela nak sampai tanpa sesat....mungkin masing2 letih so baca byk kali pon x dpt nak faham bebetol iltenary tu.hohohoho

So lepas je beli tiket last year, aku dah usha je blog2 yang berkaitan. bebetol aku start iltenary ni seminggu sebelum pergi. tu pon kelam kabut la malam2 buat n baca balik...kebetulan bzy plak kat tempat keje :p

Ok jom tgk preparation kami...

1) Tiket flight
Biasanya kalau nak kemana2, aku yang decide nak kemana. KKS semua ONCE saje...malas bunyik2 kan...asalnya kami nak ke beijing.tapi tiket mahal melampau time tu. rm800++ /return. so cancel...dan kami memilih....

HONG KONG!!!! rm546/return tiket.... :)

tak de la murah mana kan...pasal lepas kami beli, ada lagi murah...ceh!

2) Mana nak jejak?
Seperti yang sedia maklum, kalau dah sampai bumi HK ni, leh melawat negara jiran seperti China dan Macau. so kami plan benda yang sama. sebbkan aku bijak, aku beli tiket return dari HK...bijak la kan x study dulu hahaha

so trip kami dah mcm carca marba dan juga buang duit....huhuhu

KL - HK - Guangzhou - Senzhen - HK - Macau - HK - KL = 7hari 6malam


3) Visa ke China
Sebabkan kami dah plan nak masuk China, Visa kene buat ye. ni tugas pui. awal buln september ktrang dah collect passport n gambar + fill up form online. print n bagi pui. opis pui sekangkang kera je. so dia la kene buat n collect

kos visa = single entry rm30 + upah rm28 = rm58

so kene sediakan rm58 + passport original + gambar sekeping + print form yang dah diisi online + print booking hotel + print tiket AA ------> bleh submit.

nak submit kat mana?

Bangunan OSK, Bank of China...location tingkat 2 --> Chinese Visa Application Service Center...

tak dapat gambaran? klik SINI...supermeng malaya tolong korang ehhehehe

4) Iltenary 7h 6m
Ni la paling penting kan kalau nak travel....

trip kali ni sbb byk tempat aku surrender nak buat sorang2...so aku n pui fokus iltenary...kami update excell yg sama...so tak de la aku pening kepala pikir mana nak pergi n macam mana kan :p

iltenary kami....

5) Budget

untuk budget plak, aku collect RM4,400 - RM1,100/pax (tak masuk shopping ye) 

6) Tukar duit --> China & HK
Ktrng dah siap2 tukar duit. tapi China dgn HK je...utk macau boleh je guna HKD... :)

time kami tukar tu, currency tgh tinggi. so kami kerugian sikit huhu

100 HKD = RM425
100 RMB = RM545

So aku siap2 tukarkan RM1000 duit RMB & RM3400 duit HKD

7) Stok makanan
Part ni aku serah bulat2 kat miza. dia yang pergi cari barang2. aku settlekan serunding + ikan bilis sambal ibu je...yang lain2 miza kasi settle :p

trip kali ni ktrang bawa periuk nasi + kettle dari KL...ekeke...beras+lauk pauk dalam tin + maggie + bubur + coklat + sardin + roti semua bawa dari KL termasuk la serunding dan ikan bilis sambal..dan juga 3in1 choclate....

takut betol tak cukup makan kan hahahhaha

8) Lain-lain
a) print --> map + booking hotel + booking flight tiket = pui
b) degree of currency dari RM ke HKD & RMB = aku
c) web check in = aku
d) ubat2an = miza

9) Blog Rujukan
Kalau taip je 'cuti-cuti hong kong' banyak sebenarnya blog2 yang ceta pasal trip ni. tapi aku fokus kat 3 blog ni je. details sangat dan aku senang faham.

1) Supermeng Malaya
2) Kaki Berangan
3) Jejari Manis

bila semua dah ready, maka bergerak la kami ke Hong Kong sabtu 14 september 2013....untuk ceta details aku sambung next entry ye :D

dan beberapa pic kami...sekadar menjamu mata :D

travelmate biasa...

@ Sunshine Home, Guangzhou 
Uncle2 tu pon dari malaysia juga

beg beranak di Senzhen

Ruins St Paul, Macau

jom jadi kanak2 riang @ HK Disneyland

I met the stars at Madam Tussauds Hong Kong

jom balik KL...
pitam angkut beg!

4 comments:

  1. Emy..dah balik ye..so kira berjaya lah eh trip kali ni..TAPI kenapa tak buat mcm ni..lagi untung --> HK-Shenzhen-Guangzhou-Macau-HK-KL..

    Tak sabar nk baca story lost n found dan kes sesat2 tu..cecepat kongsi..terima kasih jadikan blog JM sebagai rujukan..

    ReplyDelete
  2. JM,
    dah balik sini sabtu lepas :D

    tu la JM, kerugian...suka sgt x study route yg betol hehe...next time study dulu baru rembat tiket flight :)

    blog JM details...me like ekekeke

    ReplyDelete
  3. akak pitam juga tgk beg itu yang telah beranak

    ReplyDelete