testing

Monday, October 3, 2016

Jalan-jalan Ikea, Cheras

Salam Monday Bluessssssssssss

Hihihi...Mana ada monday blues kan. Arini cuti lagi. Happy dapat lepak kat kampung. Sekarang ni selalu gak balik kampung :)

Sejak Ikea buka cawangan dia kat Cheras, ktrang tak sampai lagi. So dah zikir banyak kali nak pergi, jom la kita ke Ikea.

Parking banyak. Happy plak rasa haha... Sampai-sampai terus makan dulu sebab lapaarrrr.....

 makan simple gini pon terbang rm104. senang betol duit habis kan hahahha

Lepas makan, ktrang solat asar siap-siap. satu je la surau kecik, telekung plak ada 3-4 pasang je. orang ramai kene tunggu. nak mudah, bawa telekung sendiri ye

Masuk dalam, ktrang habiskan masa dengan bergambar je...tak de usha apa-apa pon...bergambar je hehehe

 us

 cermin plak


 lawa dapo


acah-acah comel la hahahha


 seronok betollllllllllll


Settle round dah maghrib hahaha... aku tanya pui ada tak masjid dekat-dekat, dia cakap kat luar ni ada....terus ktrang solat kat masjid je... tak ingat ,masjid apa tu tapi dekat je kat traffic lite Ikea tu. masjid baru. naik lif nak ke tempat solat. ambik wudhu kat level 1. parking kat basement.

bagus la masjid baru ni :D

Sebelum berpisah, ktrang lepak minum kat old town. Meeting sikit. Update la pasal apa pun. Ada projek baru dan juga business muahhahhhahaa


Esok dah keje..... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, September 30, 2016

#Birthdaytrip 2016 : Jalan-jalan cari makan di Kuantan, Pahang




Salam Jumaat....

tuuu diaaaaaaa berzaman baru nak habiskan entry Kuantan, Pahang muahahaha.... lagi 4-5 bulan dah next trip untuk birthday baru hegeh-hegeh nak habiskan ehhee...

semalam petang konon nak blogwalking list fren tapi baru sedar, list kawan yang aku ada dah hilang. ye hilang wawawa... Insya Allah arini ada masa nak up balik list frend tu. Susah jadinya nak ziarah blog orang :)

Sambung eh JJCM Kuantan plak. Jom!

=======================================================================

Sebelum sambung entry Kuantan ni, aku recap balik entry sebelum-sebelum ni. Senang klik je leh baca :D


So hari ni aku nak share pasal tempat makan best yang korang kene singgah kalau dah sampai Kuantan.

1. Restoran Sara Thai Kitchen


Mula-mula sampai kitorang dah isi perut kat sini, Hasil recomendation dari kawan-kawan, diorang suruh pilih masak stim dan pulut mangga yang wajib cuba.

 ikan siakap masak stim, kerabu mangga, sotong goreng tepung - terbaik
tomyam - failed. tak rekemen 


terbaik setakat ni

Semua makanan sedap kecuali tomyam. Sorry tak taste sangat. Memang ikan stim dia cukup rasa wawawa.....

Sara thai ni ada dua cawangan kat Kuantan. Satu kat bandar tu Jalan Gambut, satu lagi kat Balok. So kami pergi yang kat bandar. Cari guna waze, Insya Allah sampai :)

2. Kula Cakes


Yang ni kedai kek yang bagi aku semua kek dia sedap. cakap semua macam la beli semua kan hehehe...terbaik manggo cheese kek dia...pavlova pon not bad. kek coklat dia rasa coklat kaw kaw....

yang ni ktrang tapau bawa balik sebab dah kenyang sangat nak lepak makan kek.. so makan kat bilik hotel je 


3. Eda Yasin Nasi Minyak Warisan Tanjung Api


Lokasi kali ni untuk sarapan pagi. Gigih kan pepagi bangun semata-mata nak pergi sarapan hehe... aku baca blog DJ. Selera plak tengok kan. So terus la ktrang terjah.

Signature dia nasi minyak, so aku order nasi minyak. dan menu lain laksam dan kuih muih


kuih kacang hijau ni sedap, asyik bangun g ambik kuih je hehehe

kalau korang nak makan nasi minyak boleh try sini, nasi lain pon ada. nasi lemak dan nasi putih. pilihan lauk pon banyak.

4. Warung Paksu & Maksu, Peramu



kalau ke terengganu sinonim dengan sotong, udang, ikan celup tepung kan. kat Kuantan warung paksu & maksu jadi pilihan. ktrang minum petang kat sini. Saje nak try sedap ke goreng tepung ni.

Lokasi dia betul-betul sebelah balai polis peramu :)




Bagi aku seleksi makanan dia yang banyak, rasa pon tak mengecewakan. boleh untuk repeat lagi. sos cicah dia pon sedap. cuma kedai ni sentiasa penuh. kalau bawa budak memang agak panas :)

kene try ok.

5. Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur



Aku selalu dengar kesedapan ana ikan bakar petai ni. tapi tak pernah berpeluang pergi makan. So dah sampai Kuantan, harus la tinggal jejak

Ktrang order banyakkk....tamak kan...yang pelik habis licin muahahaha....aduh laaa...apa nak jadi kan....ekekek

 sotong sambal petai

 ikan pari bakar sambal petai

 ketam telur masin


 sotong goreng tepung

otak-otak, coconut shake - ok
pulut mangga biasa je. sara thai win hehehe

Overall semua sedapppp :D

.
.
.
.

Ni la antara 5 tempat makan yang sangat di rekemen untuk singgah di Kuantan. Happy sangat semua makanan sedap. Tak sedih pon berat badan naik hahahaha

Tata. Have a nice long weekend...

Salam tahun baru.... #muahciked

Tuesday, September 20, 2016

Kenduri kahwin Dila : Kembara Melaka - Joho - JJCM Melaka, Kluang, Simpang Renggam dan Segamat

Assalamualaikummmmmmmm......................

Ada orang lagi ke ntah nak baca blog aku ni hahaa...ni memang bersawang betol..tak de update bukan tak de ceta, tapi malas nk taip hehehe

Maaf komen-komen yang tak berbalas dan tak de apa-apa respond. Nape ntah notification tak masuk email. Maaf ye. Kalau email, memang fast respond, Insya Allah :D

Lama tak sembang, arini nak share trip ke 3H 2M ke Joho aritu...

***************************************************

Jumaat lepas (16 Sept) Malaysia Day tu ktrng gerak ke Melaka. Konon nak breakfast kat Roti Canai Kayu Arang. tapi sampai ngam-ngam 12.30pm. Sedapkan hati pergi gak situ. mana tau ada lagi makanan kan tapi HAMPA, licin sudah.

Terus ajak diorang brunch kat Restoran Selera Kampung. Layan asam pedas pon boleh. Restoran ni lokasi dia bebetul seberang jalan dari Menara Taming Sari. Nampak 7E, kedai ni corner belakang 7E tu. berdepan dengan pusat jualan ole-ole melaka tu :p

Datang waktu lunch memang penuh orang tapi rezeki kami dapat seat. Alhamdulillah. Terus ambik lauk apa nak makan. Kat sini self service. Ambik saje. Nanti dia kira kat meja kita :D

 Asam pedas (ikan parang, pari, kembung) + daging kicap + siput sedut masak lemak + ulam2 + air (teh ais, limau suam, sirap) = RM64


Lepas makan ktrang beli ole-ole melaka then terus shoot ke Joho. Plan asal nak strainght ke Simpang Renggam, Tumpang bermalam kat rumah adik (geng uitm). Tapi aku la teringin plak nak layan kopi kluang yang original. Diorang ok, terus shoot turun Kluang yo!

Image result for kluang rail coffee
cilok google!

Ktrang pergi kat stesyen keretapi kluang semata-mata nak rasa kopi original. Ternyata daebaakkkk....

perghh memang killer!

Sambung perjalanan ke Simpang Renggam. dan sampai la kami kat rumah adik. Rehat, mandi n solat maghrib dia ajak alas perut..

soto ni sedap. lagi-lagi ada sambal kicap

Pastu dia hidang buah-buahan dari kebun ayah dia...perghh terbaek..baru la rasa pergi kampung kan


Settle makan ktrang lepak-lepak sembang. Sekali dia ajak lepak kedai. Eh, tadikan dah makan. Dia kata nak lepak kedai nak ajak makan burger. OMG hahaha....ayuhhhh

sedap gile!

bakso dia sumpah sedap!

Kalau korang terlajak sampai ke Simpang Renggam, mohon singgah kedai ni. Sebab? 2 menu ktrang try ni memang terbaekk...Burger tu daging dia daabel. Leh potong 8 dan share. Sebab dah kenyang memang tak habis makan. try bakso, Bakso dia win. Nama kedai ni -- Burger Jalanan, area bandar baru Haji Ibrahim Majid. Tak jauh dari exit tol Simpang Renggam. Cuba tau :p

Sooooo...ktrang tido malam tu dengan kekenyangan hahahaha

Ahad (17 September) bangun pagi adik tengah siapkan breakfast. Cempedak goreng n Sukun goreng cicah sambal kicap -- tak joho la kalau x de sambal kicap hehe....siap breakfast ktrang pon siap2 la nak pergi kenduri. ni la tujuan ke Joho, nak g kenduri opismate sebenarnya hehe

elok ktrang siap je, adik siap masak lunch. Siap  berhidang bagai. Apa ni dik...kami kan nak pergi kenduri.. Eh tak pe la...Makan la dulu alas perut.

Alas perut katanya...dua kali aku tambah hahahahaa.... dia masak sup daging, sambal kicap, sayur campur, ikan goreng...arghhh sedapnyaaaa muahahah (gambo tak de :p)



besar rumah adik

Happy tengok dia buat rumah kat kampung. Rezeki dapat keje kat kampung sendiri, leh la duduk kampung kan. Memang aku angau nak rumah gini gak hahahaha

Lepas babai adik, terus ktrang shoot ke Rengit, Batu Pahat. Kenduri opismate. Sampai terus makan.


sikit kan nasi hahahaha

Makan ambik berkat kata orang. padahal dah melantak b4 datang kenduri hehe.. Lepak kejap pastu terus gerak ke Batu Pahat.

Happy for you sis

Konon nak g Batu Pahat nak la merasa Mee Racun, tak de rezeki kami sebab dua-dua kedai ktrang terjah tutup. Sedih :( Tak pe la.. Kalau ktrang makan mungkin perut meletup hahahaha

Ktrang teruskan perjalanan ke Segamat. Ok xde plan pon nak merayap sampai Segamat. Plan asal lepas kenduri nak shoot balik KL. Tapi aku kan rajin up gambo kat ig n fb. So ila (dia dok segamat) rodger ajak datang rumah. Dia pancing aku dengan makanan. Laju je aku kata -- ok kami datang HAHHAHAHAHA

dari BP sejam setengah gak, sampai je rumah ila kat segamat, terus dia ajak pergi dinner kat Durian Chondong.

Image result for ikan patin durian chondong
cilok dari bro ni nye blog -- musmun.blogspot.com

Perjalanan dari Segamat 40minit. Kali ni dia bawa ktrang makan kat tempat rare pada aku. Sebab pe? Makan dalam kebun kelapa sawit! Menu dia plak memang fokus pada IKAN PATIN semata. Aku memang tak makan ikan patin. Tapi dek ila sogok kata sedap kene try, aku try la gak.

Nama restoran ni Ikan Patin Durian Chondong atau Ikan Patin Stim Bukit Kepong. Waze aje hehee



Menu dia x banyak -- Ikan patin stim taucu, ikan patin chop (goreng garing) sayur paku pakis, sotong goreng tepung. satu lagi menu -- ikan patin pais...yang ni tak try. Air free flow. tapi kene buat sendiri atau ambik la air kotak ke air tin ke..

Sempoi tau restoran ni sebab kene masuk 2km dalam kelapa sawit. kalau waze suruh masuk kebun, jangan kata waze salah, memang tu la jalan nya. sebab hujung nanti ada sungai. dan restoran ni betol tepi sungai.

kalau terlajak ke segamat, mohon try ok. pasti tak menyesal hewhewhew

Settle makan ktrang gerak balik ke rumah ila.. Sembang-sembang teringin nak makan mee bandung. tapi kene g muar la kan. Ila ckp sini ada jual mee bandung sedap.

Apa lagi, faizal g tapau mee bandung. 11malam supper ktrang. perghh memang layan. Sedap. Sama dengan makan kat muor!


Tido lagi dalam kekenyangan ahahahhaa

Ahad (18 September) ktrang dah nak gerak balik. Tq so much ila. best sangat layanan ibu. aku dengn ila ni memang closed sangat kat uitm dulu. Tiap malam kalau tak boleh tido, terpaksa la dia garukan belakang aku. Sampai aku tido, baru dia tido hahahaha... Sahabat sejati tak ekekekeke




Ila pon macam adik, keje kat kampung dan buat rumah sendiri.. best kan. Tumpang happy dengan rezeki diorang. Mana la tau aku balik kampung buat rumah sendiri kan hehehe...

So lepas peluk cium terus ktrang gerak balik ke KL...

Ikut hati nak g JB hahahaha

Berakhirlah trip jalan-jalan Joho. Melaka tu singgah makan je.. hehe...dari nak pergi kenduri, dah jadi ziarah kawan-kawan. Perjalanan ke KL jem manja-manja kat pedas linggi, pastu senawang.. pastu clear sampai KL... 

sebelum berpisah, singgah isi perut dulu kat Restoran Rumah Makan Cibiuk. Yang ni memang sedap la.. tak payah perkenalkan lagi 

cendawan crispy sedap
satay kambing sedap
nasi liwet sedap
ayam bakar win, ayam goreng pon ok
alpukat x yah cakap le. ngam soi hehe

dan kami balik ke sarang masing-masing.

Kos burn RM360 - RM 120/pax all include.

Tamat.

Nota kaki : Yeayyy update one short settle story 3 hari. Nanti sambung trip Kuantan ok #muahciked