Thursday, October 19, 2017

Cuti-cuti Janda Baik : Rimbun@ Janda Baik Chalet dan Sup Meletop WAJIB cuba!

Last weekend 14-15 Oct 2017, ktrang pergi lepak Janda Baik sempena besday pui :)

cool je kan

Khamis ONCE nak g, terus cari chalet yang ada kat internet semua fully booked. Yela baru sedo cuti sekolah. So sebab dah lama tak melepak sama-sama, ktrang proceed gak. Planning redah aje. Kalau tak de chalet kosong kami balik KL.

KL-Janda Baik setengah jam je! hihi

gerak dulu,pape rodger

Pung pang pung pang, ktrang bawa la bekal sikit. aku buat bahan nasi kerabu, pui goreng kopok, as masak nasi kuning, miza bawa lauk paru sambal n ayam goreng. jajan, roti, air sandwich.

elok sampai Janda Baik memang ktrang redah ke kampung tu. 4 chalet kami nampak banner dan no tepon. ktrang call semua FULL. Sampai la terlajak ke Rimbun @ Janda Baik ni, call en azimin dia kata ada kosong lagi. Tengok bilik just naissss untuk ktrang 4 org ni.

 kereta kene parking seberang jalan.
Kene ikut jambatan untuk ke chalet.
jangan risau kereta selamat je parking situ :)

 depan chalet


 ngam tilam sorang 1

Harga asal RM 140 diskaun RM20 so RM120 je. Mampu milik sangat hihi

Settle check in n solat asar, terus ktrang start wat preparation untuk besday Pui.

Daaannn....

let's party

Sebab dah masuk kampung, terus idea nak berkain batik terkeluar. Oh jom la kita ikut tema. tema sape?  Tema kiteeeeee la haha


 Happy besday girl...


chewahhh


Terus kitrang potong kek dan kenduri makan bekal hihi


dan upacara wajib....mandi sungai... ho yeayy


malam ktrang lepak2 kat bilik je. dalam kul 9 lebih baru lepak common area. oh ye dalam bilik tak de kettle atau tv. Semua ada kat common area. So ktrang lepak sana sambil sembang-sembang.

Lepak makan maggie. sudahnya aku kat sana memang pakai kain batik je hahaha



Balik bilik sembang dan zzzz

Ahad pagi ktrang lepak common area tu sambil layan TV Isteriku bukan tukang masak. Bapak kelakar haha...habis tengok tv en azimin kata balik la petang-petang. tak yah rushing. pucuk di cita ulam mendatang. Sempat aku tido seround. Ktrang check out kul 3pm :D

Sebelum balik KL, orang kata kene try SUP MELETOP Janda Baik. Kebetulan kami stay kat Kampung Janda Baik. So tak jauh la nak ke kedai ni

 sentiasa penuh 

Speciality dia sup tulang dan kopi ais. Mohon cuba sebab dua menu ni POWER dia sampai meletop perut hahaha

tapi as ambik sup kambing. Memang kaw-kaw kambing dia. paduuuu arghh best giler..

 kopi tanam sendiri ok!

sup tulang terbaekkk

kejap je settle hahhaa

So mohon cuba :)

Overall, kalau korang nak stay dan lepak-lepak tanpa apa-apa aktiviti, rekemen stay sini. Sangat best layan sunyi sepi pastu lepak sambil nyanyi haha

Budget pon rendah sangat. 
Minyak RM30 (kete myvi), 
Tol RM12 (return)
Rimbun@ Janda Baik chalet RM120
Makan 4 orang RM65
Jajan rm30 
Total = RM 257
+- sorang RM65 pon tak sampai.

Rekemen untuk stay dan repeat? Sure kitrang akan datang kalau tak tau nak g mana :)

INFO

1) Rimbun @ Janda Baik
En Azimin 019-302 8350
Kak Liza 019-956 2967

2) Sup Meletop, Janda Baik
Buka setiap hari
Weekends pack sikit tapi kedai buka selagi makanan ada :)

Done. Tata....

daaaaa....

Monday, October 16, 2017

Cakk! Cantik tak blog kite

Lama tak bersiaran. Azam tinggal azam. Sembang je lebih nak rajin hupdate blog hakikatnya sokmo tak de idea walaupun gambar banyak

Hewwww. ok la nak rajin update balik la. nak ada kenangan kat sini ekekke

oh ye. Mohon klik atas belah kiri tu kalau nak tengok entry lama atau pun info ye. kali ni dia sorok sikit link2 penting tu. tak pe janji tak hilang hihi

jumpa lagi