Posts

Showing posts from December, 2013

Langkawi 2013 : Aku datang lagi...

Image
Salam....

arini gigih aku buat keje dari pagi - break lunch - sambung keje lagi sampai la ha kul 5pm. sakit badan ngantuk baru terasa...so sementara nk tunggu balik aku hupdate hehehe

Perlis nye kisah dah habis...so aku sambung dengan Langkawi plak :)

dari Perlis ktrang naik ferry ke Langkawi.

Ferry Langkawi
Harga : Rm18/sehala
Masa : 45minit

ktrang beli tiket awal sehari. so sampai ngam2 ferry dah ada. kalo redah je takut tiket sold out dan kene la menunggu untk next trip :)


Sampai je jetty Langkawi, aku dah plan nak ambik kereta dengan homestay yang aku nak duduk. so siap2 kira penginapan + transport. Akak tu kasi aku kete Cherry...masa tu dah girang ok..bawa cherry ok...dah la dia kasi rm100/day...

elok aku nak duduk kat tempt driver, tgk2 kereta tu manual. aku tanya balik kan aku dah ckp aku nak auto...akak tu kata balik
"akak ingat emy tak nak auto..."

ayooooo.....kalo pon org ada kete manual, tp di offer auto laju kot ambik auto....sudahnya tersadai la kami kat jetty t…

Perlis 2013 : Syoknya Perlis Indera Kayangan

Image
salam pagi isnin.... :)

alhamdulillah aku dah selamat habiskan percutian 2013...tahun ni memang teruk sikit trip aku...bukan teruk pe, asyik berjalan je :p

bulan 1   - cambodia
bulan 2   - kelantan
bulan 4   - pulau pangkor
bulan 6   - Penang
bulan 9   - Hong kong/Senzhen/Guangzhou/Macau
bulan 10 - Seremban/Melaka
bulan 12 - Perlis & Langkawi

So arini nak hupdate pasal Perlis... aku kasi 1 entry je lumsum semua... aktiviti tak banyak pon...sbb Perlis bukan main nye...nak ke langkawi then singgah Perlis :)

tujuan singgah Perlis sebab nak ke rumah mak angkat aku kat Kodiang Kedah. lama tak balik sana. so kali ni nak balik menziarah + nak menyusahkan orang ekekekke

i. Transportation : Bas Etika Ekspress
dari Jalan Duta aku ambik bas ni ke Kangar. Bas ni ok sangat. space besar tapi satu je x ok.. aircond terlalu sejuk. sejuk sampai tak boleh tido walaupun dah pakai sweater + stokin + jeans + baju tebal. so kalau nak naik bas malam kene bawa selimut

harga tiket dari KL ke Kangar RM 47.…

# Sembang Orang Bujang : Syukur...

Image
salam jumaat :)

Insyaallah malam ni aku nak gerak ke utara. nak repeat perlis & langkawi. kali ni bawa ibu,adik n ika -sepupu. elok dah beli tiket, mak pui kata dia x pernh g langkawi. so aku ajak la join sekali.....

Ni trip terakhir utk 2013. dari januari sampai december, rasanya setiap 2 bulan aku mesti bercuti. bebetol mcm org kaya.ekeke....bak kata bos aku,
"org bercuti setahun sekali, dia ni setahun 4-5 kali bercuti"
muahahahahha

2014, 3 trip dah menanti....tak pe slow2 stop kan aktiviti melancong eh....

ermm....nape plak nk ceta pasal syukur ni...

tanpa aku sedar di usia aku 31 ni, dah mcm2 benda aku lalui utk survive. dan skang aku rasa aku dah capai tahap lega...lega apa aku impikan di zaman muda semua dah aku kecapi skang. oh tak semua ...jodoh je tak tiba2 lagi ni muahahahhaa

dari aku tak de kereta, aku dah rasa pakai kereta...dan skang dah nak jual pun.... :)
dari kecik duduk rumah menyewa...rumah murah pon tak de....so beli je rumah flat. pejam mata aku baya…

Majlis Resepsi Na & Hussairi....

Image
ingat lagi entry pasal majlis akad nikah? tak ingat klik SINI :p

selepas sebulan mereka selamat jadi suami-isteri, baru lah majlis resepsi diadakan :)

alaasan....adik aku budak praktikal.so tak de cuti tahunan. tapi nak kawen gak..tak kira nak kawen gak.gitu la perumpamaan cerita nya :p

so 6 April kt buat majlis. tempah dewan, tempah catering, beli goodies dan itu ini itu ini...maka tibalah harinya....ikut ibu, dia nak 7 April sebab besday na.tapi dewan semua full...furhhhh...cari dewan pon payah tau!

so jumaat tu aku dah apply cuti. tapi tak macam cuti pon sebab dari pagi lagi aku dah membzy kehulu kehilir cari barang2 yang x cukup. letih gak..tapi tak pe la bukan selalu majlis besar kan :)

so untuk goodies, kami sepakat kasi....

kotak 4segi utk semua tetamu kotak panjang utk family lelaki...vip
 dalam beg tu ada kotak 4segi + kotak pnjang kek + bunga telur - family lelaki
kek in jar utk sape2 yang makan kat meja beradap :)
so goodies ni semua aku la yang pikir. nk murah tp nmpak gra…

RIP Nelson Mandela 1918 - 2013

Image
Tertarik plak aku baca kisah perjuangan Nelson Mandela ni....macam2 dugaan dia kene tempuh...dan akhirnya dia disegani seluruh dunia....
RIP Nelson Mandela 1918 - 2013....

MENYEBUT namanya ibarat melaungkan suara kedamaian penuh demokrasi. Biar pun meringkuk hampir tiga dekad dalam penjara sepi, usaha figura kelahiran Mvezo, Afrika Selatan itu selama hayatnya meninggalkan satu legasi paling berharga dalam sejarah dunia. Khamis lalu, Nelson Mandela, 95, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Johannesburg, dan kematiannya memberi kesan mendalam kepada individu dan sebilangan masyarakat. Keperibadiannya tidak pegun di negara sendiri, malah menjangkau ke benua-benua lain sehingga diangkat sebagai tokoh moral dan pemimpin politik yang berwibawa. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut terkesan dengan kehilangan penerima Hadiah Nobel Keamanan 1993 itu. Dalam kenyataannya kepada media, beliau menganggap Mandela sebagai pemimpin yang cukup hebat serta memiliki…