Thursday, November 28, 2013

Rege Kawan-kawan : Project Helang

Salam....

Sejak ada projek RKK ni, aku dah merasakan life aku berubah sikit la...sikit je pun...hehe...ari2 memikir apa next projek hehe

so projek sebelum ni, aku dah settle projek Aidijuma & Cotton Vietnam...masing2 dah dapat barang... tq tau :)

so kali ni Project Helang plak...hehe...

So aku nak open order kot la ada sape2 nak kirim barang.. Insyaallah bulan depan aku nak ke Langkawi. Aku open order utk sape2 yang nak...tapi ada syaratnya....

Aku up rege dari harga asal sebab kos nak bawa balik + luggage. Sekitar KL aku free delivery...tapi luar KL aku kenekan charge :D

So utk projek helang, 3 barang aku ambik order :D

1) Magic Pan


Jenama HIG RM90/unit
Jenama Vantage RM120/unit

b) Coklat PEPERO - biasa (merah) + almond (hijau)

1 kotak besar (8 kotak kecik ) = RM 23
c) Coklat DAIM - 300gram
RM 20.00
Kalau ada yang berminat, sila email aku ye -->
emytakeshi22@gmail.com
regekawankawan@gmail.com

tak pun like FB kami.... Rege Kawan-kawan...
nak kirim coklat lain?? email k...

Maceh..... (^_^)

Wednesday, November 27, 2013

Siti Aishah hamba di London

salam...

semalam balik keje rajin tetibe melayan Astro Awani.Isu di bangkitkan pasal Siti Aishah yang jadi hamba di London..

Aku dgr sendiri penerangan dari anak buah sepupu Siti Aishah ni. Memang menyedihkan tapi tu la manusia memang senang berubah kan :(

Google arini aku jumpa isu pasal Siti Aishah....meh baca :D

*********************************************

Kisah Siti Aishah dari Jelebu yang menjadi hamba di London diceritakan oleh keluarganya

Sebuah keluarga  dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab (gambar) berkata, beliau yakin kakaknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.


Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar British itu.

Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

The Malaysian Insider awal hari ini mendedahkan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan adalah Siti Aishah.

Dia adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.

Aktivis, Hishamuddin Rais yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata kepada The Malaysian Insider, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.

"Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama," katanya ketika ditemui awal pagi ini.

"Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui," kata bekas aktivis mahasiswa yang menggendalikan blog “TukarTiub” itu.

Hishamuddin berkata, Siti Aishah adalah pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.

Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.

Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah adalah bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".

Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.

Hishamuddin menetap di London selama 15 tahun dan menuntut ilmu Asas Seni di Brixton College sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Kajian Filem dan Video di University of Westminster, London.  Alamat terakhir beliau di London adalah di Coldhabour Lane, Brixton.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual.

Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.

Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.

Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.

Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.

Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".

Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.
 
Credit :

Tuesday, November 26, 2013

Projek Rege Kawan-kawan

Salam semua :)

banyak entry tertangguh....trip lost and found pon tak berkesudahan... itu la kt excited nak update time travel tu je. tak sabar nak update. bila dah balik masih membara tapi badan letih....dan skang macam malas betol :p

apa projek aku tengah buat ni?

ok ni projek baru aku. aku sendiri create aku sendiri buat. so kalau korang ada masa sila la ke page FB aku ni --> Rege Kawan-kawan....kene ada icon macam kat bawah ni...minta la kerjasama korang like ye...

kalau tanya page ni untuk pe?

of course untuk business...aku ni dah tahap tak selesa dengan kewangan sendiri. so cara lain kene la cari 2nd income. kat page ni aku based on project. ada barang aku jual. tak de barang aku g cari barang2 jualan hehe

nanti aku hupdate lagi ye....sila like ok...

tq korang :)

Friday, November 22, 2013

Sale tudung aidijuma - 23 November 2013

nomnomnomnom.....

kali ni aidijuma buat sale lagi...furhhh...tak sabar nak berebut ekeke

so kali ni aku open order...means aku ambik order kalau2 ada nak kirim...tapi syarat ada upah nye...yang tu kene PM aku....

Pm kat fb / whatsup / wechat.... :D

so jom esok jom kita ber'datin'...rasa nak serang Maju Junction je...CM je... :)

Harga RM10/sehelai untuk corak Aidijuma White Label
a) Fun Flower
b) Circle
c) Kerawang
d) Love


Selamat bershopping :)

Thursday, November 21, 2013

Ahmad Ammar dalam kenangan

salam....

malam tadi susah nak lelap mata....ni semua gara2 Ahmad Ammar....masa wasap group uitm, diorang ceta pasal ahmad ammar ni..wai tag aku kat youtube fb dia...

sedih nye...ada lagi orang macam lelaki ni....ya allah tak tahu nak komen apa...memang salute kat mak ayah dia yang sangat redha dengan pemergian anaknya.... :(

Saje aku kongsikan kisah Ahmad Ammar....aku nak ada simpanan supaya suatu hari nanti boleh ulang baca dan buat panduan..... :(



Ahmad Ammar, Kisah Syahid Yang Tertangguh |  "Syahid Yang Tertangguh ", begitulah gelaran yang diberi oleh rakan allahyarham Ahmad Ammar. Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya ketika Awal Muharram di Istanbul, Turki.

Berikut adalah salinan/olahan dari beberapa artikel dari laman web yang menceritakan serba sedikit tentang biodata dan kisah ringkas allahyarham Ahmad Ammar.
Ahmad Ammar telah memilih bidang sejarah di Universiti  Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan ibunya Puan Nur Azlina Aziz. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).


Ahmad Ammar merupakan pelajar yang sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.
Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.

Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. 
  

Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.
Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad dalam angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.

Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.  Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?


Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.
Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan. Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”


Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.

Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.

Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!

Al-Fatihah.


credit KeZoom

Tuesday, November 19, 2013

Short Break 2013 : Melaka Bandaraya Bersejarah

salam selasa..... :)

arini sambung hupdate pasal Melaka plak....ni kesinambungan entry sebelum ni :p

dah terbiasa ada iltenary, short break pon harus ada ekekee

esoknya, kul 8pagi ktrang dah siap2 nak gerak ke Melaka. breakfast dulu kat cafe dan terus shoot ke Melaka


sejam setengah dah selamat tiba di Melaka...ala tak jauh pon...ehhee...aku dok sebelah leh la cakap...miza yg drive naik  ngantuk tak sampai2 :p

plan asal lagi la...aku pesan bawa pasport...mana la tau x betol nak terjah singapore ke...xpon ready nak jalan Muar, Johor ke...last2 aku macam dh lama tak terjah Melaka...

masuk bandaraya Melaka macam biasa la...jem sesaje....hohoho


memula hazab gak cari parking...dah lalu depan Taming Sari tak de parking so kene pusing balik. aku suruh miza masuk jalan ke Jonker Walk plak. ok alhamdulillah ada parking...sekali masuk rm3..


sampai2 je dah azan zuhur...nak senang n mudah aku ajak la deme solat siap2...karang senang je nak gerak :)


 atas surau bawah Information untuk tourist :)


settle solat, ktrang bergambar kat bangunan merah ni...posing dari jauh je...malas plak nak redah kedai2 tu...panas ye time ni...furhh....


pastu ktrang teruskan perjalanan ke Menara Taming Sari....

aku dah naik sebelum ni so aku nak suruh diorang naik plak. sekali tgk rege naik menara rm20 dengan mykad...pehal mahal sangat ni...dulu aku datang rm10 je tau...so discuss2 diorang kata
"tunggu rege 30 hengget la ktrang naik...skang mahal"
ekekekekke





so diorang tanya nak kemana.....aku ajak diorang g makan Asam Pedas Selera Kampung :)

kat Melaka ni banyak kedai asam pedas. tapi aku nak yang betol sedap la..tny kawan aku dia suggest kedai ni...so jom la kt...

nak pergi pon senang...dari menara taming sari ni lintas jalan ke seberang jalan. ada shoplot.nampak 7eleven, belakang tu dah restoran asam pedas selera kampung ni....kedai dia betol2 tepi corner...senang je nak cari



so kat sini ada style g ambik lauk sendiri...ataupun ko pilih pe ko nak then deme serve.

aku rasa ada dua cara mcm ni, dari ko leh dapat ikan last2 ko tak dapat....

masa ko beratur ko nampak ikan pari, pastu habis...ada ikan kembung...pastu habis...dia tukar ikan parang...so bagi aku la macam tak best....sbb kan org ramai...lauk cepat je habis...tapi dlm masa yang sama dia masak kat dapur...dan...mana yg nak ambik sendiri tu laju je ambik lauk asam pedas...kt yg beratur nak order ni last2 dapt apa ikan yg ada je la....tu je kekurengan kedai ni....ketam masak lemak dan udang galah mmg telan air liur je la pasal sekejapan je licin.....

dan ini je la yang kami dapat....

ikan parang asam pedas
kupang masak kunyit
ulam2
sambal belacan
telur goreng

total rege rm23... :D

tapi....rasa dia memang bleh tahan...kang aku kata sedap melampau, tak de la melampau mana hehe....memang style asam pedas melaka cair2 kan...pastu kuah leh hirup...gitu la kuah nya...sama je :)

settle makan ktrang jalan kaki ke tugu A Famosa tu...saje nak bergambar....




takat sini je kami mampu berposing...pasal nak pnjat tangga gi tgk St Paul tu mintak ampun la...tak larat....panas sangat...tapi dlm gambar tak de plak nmpak terik nya :p

dari sini ktrang teruskan jalan ke Medan Samudera....kat sini pusat ole2 dan hasil melaka...sempat la aku beli kuih kelapa, dodol, kopok binjai sambal -->sedap, candy kelapa dan juga FM...sedih...kat peti aku seketul FM melaka pon tak de muahahaha






masa ktrng nak gerak, hujan turun...malas nak tunggu so jalan je la slow2 ke Jonker Walk...

otw tu singgah Hard Rock Cafe Melaka....dah ada kan...so pui pe lagi, laju la nak masuk....jom2...

pui jadi pengumpul HRC nye FM bila ktrang g hong kong. saje dia tanya bape rege, so org tu cakap seketul hampir rm50...tapi sbb miza borong tshirt sampai 5, maka staff tu kasi pui dengan rege rm18 seketul pakai rege staff...seronok...ikut kan aku pon nak...tapi dia leh guna utk sorang je... tak pe la...rejeki pui...

skang ni gian la dia mengumpul FM HRC ni....hehe...tp melaka punya seketul rm50...mahal sgt oi!






settle semua ktrang terus ke parking kete...nak ambik kete n nak naik melaka river cruise...miza dah naik so dia tau la tempat nya...nun kat taman rempah....


 Jonker Street

ktrang set waze...then dia bawa ktrng bebetol sampai depan medan samudera tu....berhenti tepi tanya org beca tu...dia kata naik kat sini pon bleh...taman rempah tu jauh ke atas lagi....laaaaa kalau tau mmg ktrang tak ambik kete...lintas jalan je dari medan samudera tadi.....eeeiii....

parking sebelah medan samudera lagi murah...rm2 per entry muahahahahhaa

dan...terus ktrang shoot naik curise plak...cruise? pitammmmm hehehe

rege : rm10 dengan mykad :)




 





dan merasa la aku duduk dalam bot tu...hehehe

sepnjang jalan tu nmpak guesthouse area jonker walk...elok plak ramai mat salleh melepak...memang next visit nak stay situ la 1 malam...saje nak merasa lepak tepi sungai buchukkk hehe

bukan...nmpak mcm style giler lepak depan sungai....tu je :p

dan...ktrang terus gerak meninggalkan bandar Melaka.....kali ni nak pergi minum petang plak....

kali ni aku tak masuk 1 muzium pon...sbb nye kesuntukan masa....kalau boleh nak masuk semua tapi tu la...day trip je kan...Insyaallah next trip...melaka ni seronok...seronok jalan..seronok makan....memang beronok-ronok la ekekeke

kemana?

coconut shake pantai klebang la kan....


masa kami sampai ni dah pukul 6pm...risau dah tutup...utk take away dah licin pon...so ktrang masuk dalam nasib baik ada lagi...

coconut shake special...rm2.50...tapau 3 cup....nyum nyum....

sudahnya masing2 nyesal sbb beli 1 je hahaha....diorang salahkan aku la tu...pasal tak tapau 2...tapi mmg menyesal pon hahahaha.....adoii...dah la jarang datang kan...tak pe la...lenkali boleh minum lagi :p

ktrang meneruskan perjalanan ke Muara Sungai Duyung. memang plan nak layan seafood kat sini. ni pon aku tanya kawan aku...mana ok...umbai ke sungai duyung...dia rekemen kedai ni...

ktrang mmg mengharapkn WAZE....sygnye bateri hp habis...nak charge pakai charger kereta pon tak lepas...selama ni bawa powerbank, g melaka tak bawa plak.. *salahkn mieza sbb dia je ada power bank hehe....so mmg hazab...berhenti dua kali tanya orang....so pesanan aku lenkali pastikan gadget korang ada bateri....ekekeke

akhirnya sampai gak kami kat muara sungai duyung ni...aku try kedai yang 1st tu...color kuning hijau :)


 
dapat meja, korang kene pilih ikan n binatang2 lain tu kat depan...order terus kat sana...kene tau la meja no bape :)

so brother baju hitam tu sibuk suruh ambik byk2...dia ingat ktrang ni ramai ke...3 org je kot...

dan pilihan kami

 
1/2 ikan siakap -- bakar sambal
1/2 ikan siakap -- 3 rasa
3 ekor ketam masak cili
tomyam sayur
sotong goreng tepung
pepahat masak halia
udang goreng butter -- sedap.style lain :p
nasi putih 1 + nasi lemak bungkus 1
air tembikai 1jug

komen tekak sendiri : terbaek. lazat. sedap. puas hati. rege x membunuh..dap dap dapppppp!

total semua rm128....

kalau la dekat rasa nak repeat lg tau...tapi mengenangkan jauh...furhh...sedap la...jauh lg sedap dari pantai jeram....bagan lalang aku dah lupa rasa dia mcm mana hehehe

makanan ni tak habis, ktrang tapau tomyam sayur n ketam cili...bungkus lagi 1 nasi ...dan ktrang buat makan bekpes esok nye :D

dan ktrang meneruskan perjalnan balik ke Seremban....singgah kat RnR nak solat jamak before balik....

so total belnja sehari di Melaka.....

total belanja
a) tol seremban - ayer keroh RM7.30 x 2 = rm14.60
b) parking jonker street RM5
c) makan asam pedas selera kampung rm23
d) shopping ole2 @ medan samudera - poket masing2. aku habis rm30
e) parking sebelah medan samudera rm2
f) melaka river cruise rm10/pax = rm30
g) coconut shake klebang - rm2.50/cup = rm7.50
h) dinner seafood total tm128
*minyak kereta mieza dah isi full tank dari KL :p

GRAND TOTAL = RM210.10 /3 = rm70 seorang... + rm30 shopping so lebih kurang rm100 seorang... :)

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

segala makan2 kat melaka pui belanja.....
minyak kete + tol miza sponsor
aku takat bayar pe sgt....bawa rm50 pon tak habis guna .naik cruise masing2 bayar.

TQ korang....nape la korang terlalu baik....rezeki korang terlalu murah pastu tak kedekut....rezeki aku plak, Allah temukan kita....hek hek hek (^_^)

eh macam nak touching plak....hahaha

ok..tamat...day trip Melaka.....


p/s: next trip..utara plak ...pitamm.... :p