Friday, January 7, 2011
05 : KKS luahan perasaaan I
khamis, 8.25am kota cinta....
"malam tadi aku tidur lewat.12.30 baru melendingkan diri.itu pon berborak dengan cik as.lama sungguh tak berbicara dan bertukar2 cerita dengan nya.entah macam mana la perniagaan lokan dia..arap2 berjaya...
pagi ni 5.45am aku tersedar.mandi - solat dan berzikir memuji Allah...bersiap ala kadar dan seawal pagi aku dah keluar rumah mencari sesuap nasi.6.30 sudah berada di pondok bas.
aku tersenyum bila bas yang ku tunggu tiba.lega rasa hati.angin semakin kuat.itu petanda mahu hujan.bisik aku dalam hati. aku berdiri di tepi jalan.senang la nanti nak naik bas.best juga kalau jadi orang pertama...
tapi bas hanya melalui depanku dan beberapa penunggu lain.ada nada kecewa di situ.bas penuh.dan terpaksa meneruskan perjalanan ke ibu kota.ini bermakna aku kene tunggu bas yang seterusnya.erm pasrah..
tak sampai 15minit bas kedua muncul.alhamdulillah.bas tak penuh tapi aku tak dapat tempat duduk pula.setibanya di CK, aku turun.berjalan ke perhentian kedua untuk ke STP.belum sampai perhentian bas, bas pon tiba...
wang serinngit bertukar tangan.aku dapat tiket, dia dapat duit.sampai perhentian DK,aku turun.berjalan kaki di dalam hujan.sedih rasa hati.entahlah setiap kali hujan mesti aku sedih.kenapa la tak de kenderaan yang berbumbung yang mampu aku pandu untuk ke tempat kerja.paling2 tak perlu berpayung dan berjalan kaki...kasut ku basah, kain pon basah.rimas la pergi keje macam ni..bisik aku dengan nada kecewa
sampai di tempat kerja, aku lewat 5 minit.balik nanti kene anjak kan 5 minit pula.singgah di warung kopi menapau sarapan..hari ini ibu tak sediakan sarapan untuk anak kesayangan nya.mereka berdua berpuasa sunat.aku je memilih untuk tidak membuat pahala...
naik di tempat kerja yang penuh dengan buku, aku menanggal kan kasut.ya allah busuknya kaki aku...busuk kaki + air hujan.eeiii....lantas ku membuka beg tangan ku dan menyembur minyak wangi di kasut, di kaki..barulah terasa nyaman sedikit...
usai menyembur minyak wangi, aku membuka komputer...lantas memasukkan broadband yang ku bawa..terus ke google dan memilih gmail.masukkan id dan password lantas kuar inbox.1 message tidak dibaca...mencoret sedikit kata2 untuk kawan-kawan yang jauh di perantauan...
apa khabar agaknya dee di mesir, siken di london, sue di singapore, as di dubai...dan mak di Kuala Lumpur...rindunya dengan kalian semua...
aku juga yang masih di kota cinta.... :)"
[setiap hari aku akan ber-email dengan KKS (as, mak yam, sue, dee, mak pui) paling sikit pon 50email...dan pernah mencecah 300 email sehari...]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
leh ganti ahadiat akashah la kamu mie...
ReplyDeletekamu amek tajuk'lagenda budak siot'