Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Thursday, October 19, 2017

Cuti-cuti Janda Baik : Rimbun@ Janda Baik Chalet dan Sup Meletop WAJIB cuba!

Last weekend 14-15 Oct 2017, ktrang pergi lepak Janda Baik sempena besday pui :)

cool je kan

Khamis ONCE nak g, terus cari chalet yang ada kat internet semua fully booked. Yela baru sedo cuti sekolah. So sebab dah lama tak melepak sama-sama, ktrang proceed gak. Planning redah aje. Kalau tak de chalet kosong kami balik KL.

KL-Janda Baik setengah jam je! hihi

gerak dulu,pape rodger

Pung pang pung pang, ktrang bawa la bekal sikit. aku buat bahan nasi kerabu, pui goreng kopok, as masak nasi kuning, miza bawa lauk paru sambal n ayam goreng. jajan, roti, air sandwich.

elok sampai Janda Baik memang ktrang redah ke kampung tu. 4 chalet kami nampak banner dan no tepon. ktrang call semua FULL. Sampai la terlajak ke Rimbun @ Janda Baik ni, call en azimin dia kata ada kosong lagi. Tengok bilik just naissss untuk ktrang 4 org ni.

 kereta kene parking seberang jalan.
Kene ikut jambatan untuk ke chalet.
jangan risau kereta selamat je parking situ :)

 depan chalet


 ngam tilam sorang 1

Harga asal RM 140 diskaun RM20 so RM120 je. Mampu milik sangat hihi

Settle check in n solat asar, terus ktrang start wat preparation untuk besday Pui.

Daaannn....

let's party

Sebab dah masuk kampung, terus idea nak berkain batik terkeluar. Oh jom la kita ikut tema. tema sape?  Tema kiteeeeee la haha


 Happy besday girl...


chewahhh


Terus kitrang potong kek dan kenduri makan bekal hihi


dan upacara wajib....mandi sungai... ho yeayy


malam ktrang lepak2 kat bilik je. dalam kul 9 lebih baru lepak common area. oh ye dalam bilik tak de kettle atau tv. Semua ada kat common area. So ktrang lepak sana sambil sembang-sembang.

Lepak makan maggie. sudahnya aku kat sana memang pakai kain batik je hahaha



Balik bilik sembang dan zzzz

Ahad pagi ktrang lepak common area tu sambil layan TV Isteriku bukan tukang masak. Bapak kelakar haha...habis tengok tv en azimin kata balik la petang-petang. tak yah rushing. pucuk di cita ulam mendatang. Sempat aku tido seround. Ktrang check out kul 3pm :D

Sebelum balik KL, orang kata kene try SUP MELETOP Janda Baik. Kebetulan kami stay kat Kampung Janda Baik. So tak jauh la nak ke kedai ni

 sentiasa penuh 

Speciality dia sup tulang dan kopi ais. Mohon cuba sebab dua menu ni POWER dia sampai meletop perut hahaha

tapi as ambik sup kambing. Memang kaw-kaw kambing dia. paduuuu arghh best giler..

 kopi tanam sendiri ok!

sup tulang terbaekkk

kejap je settle hahhaa

So mohon cuba :)

Overall, kalau korang nak stay dan lepak-lepak tanpa apa-apa aktiviti, rekemen stay sini. Sangat best layan sunyi sepi pastu lepak sambil nyanyi haha

Budget pon rendah sangat. 
Minyak RM30 (kete myvi), 
Tol RM12 (return)
Rimbun@ Janda Baik chalet RM120
Makan 4 orang RM65
Jajan rm30 
Total = RM 257
+- sorang RM65 pon tak sampai.

Rekemen untuk stay dan repeat? Sure kitrang akan datang kalau tak tau nak g mana :)

INFO

1) Rimbun @ Janda Baik
En Azimin 019-302 8350
Kak Liza 019-956 2967

2) Sup Meletop, Janda Baik
Buka setiap hari
Weekends pack sikit tapi kedai buka selagi makanan ada :)

Done. Tata....

daaaaa....

Tuesday, March 28, 2017

Sehari di Pulau Langkawi :)




Tadaaaa...........

Sambung lagi di percutian Koh Lipe-Langkawi. Dari Koh Lipe ktrang balik ke Langkawi. Flight lusa. So ada la sehari nak jalan-jalan Langkawi.

Disebabkan kekerapan aku turun Langkawi, maka tak de apa nak dikejarkan dah. Kita jalan-jalan esok je la dari pagi sampai malam :)

Info Sehari di Langkawi

1. Tok Jah Homestay Pantai Chenang

Tak tahu apa tarikan nye stay sini, yang pasti aku dah 2kali datang hahaha...nak kata selalu lepak tepi pantai tidak juga. tapi aku suka :)

Aku biasa ambik rumah 1 bilik. Cukup sangat untuk 4-5 orang dalam tu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_zN2gekaBRGyNWl5hyphenhyphen0DGqET7Bjd3W6G1tSKTyyb-_1VqtQaz3j7lVysQvuajsF-YSXHGyUx4PFsri3H-MAlc00LF_GnUtzoT_mK6FEkr7KOzs6abHFVMzsJC4sGIkALdcbp2g6Vg8RA/s640/6.JPG
 pinjam pic kakak coco
 dapur
 bilik tidur

 ruang tamu leh tido 2orang

2. Kereta Sewa- Viva

Kawan-kawan tok jah gak ni haha... So dapat la viva rm60/day. Aku request keta hanta kat Telaga Harbour balik aku tinggal kat airport. Akak tu ONCE sajaaa


3. Tempat makan sedap di Langkawi

a. Laksa Power

Selera sangat laksa ni. Kene betul dengan tekak sis ekekke. Laksa ikan sekor pernah try sekali tapi lebih suka layan laksa power. kuah dia aduhhh merecikkk!




selera plak tengok laksanya

b. Restoran Nelayan Bukit Malut

Suka makan sini sebab harga tak mencekik. Rasa pon boleh tahan. tak de la failed sangat.Kira lulus tekak sis

tiap kali datang langkawi, memang CONFIRM singgah sini sekali. Kalau 3-4 orang makan dalam rm120 je lebih kurang tapi kene tengok ambik haiwan apa ye hehehe


 4. Tempat menarik yang sempat singgah

a. Beras terbakar

walaupun tinggal sepinggan je tetap gak nak tengok. Dan kalau korang nak beli kain batik ke baju kelawar ke, kat sini harga boleh kawtim + corak-corak dia lawa-lawa

Dari pintu gerbang sampai ke rumah ni, akan ada orang menjual kiri dan kanan. Sila la jeling-jeling kot ada berkenan. ni la tempat feveret beli kain batik dan baju kelawar :)



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFEV0xbM-1IB7RGxiiOc6PHa6Ai-bF7IqiS1RLDWdDCxZ0gfz_chr00reUC-1cyH65FJbQuJ8b8b5O4AuOYZYQ4A3t4LNuat7K5t_B0zwSXLz3-HtI3sJs7u8PJo_UXPqI7Vv1-OKRAoM/s1600/1bt5.jpg
cilok google image :)

b. Makam Mahsuri

Saje nak bawa sape yang tak pernah masuk. Aku tak payah masuk pon xpe tapi dah semua nak masuk, ok la jommmmmmmmmmmm

 





 5. Tempat Shopping

Ktrang beli choclate dan barang-barang lain kat Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Paling win ktrang beli pan yang boleh buat waffle. balik tu rajin la buat sekarang ermm arap maklum hahahahaha


dapnyaaaaaaaaaaaa


Hasil shoppingg langkawi sajeeeeeeeeee






tak mampu nak tahan nafsuuuuuuuuuuu

Dan overall budget seperti dibawah.... yang ni memang all include ya...



sekian kisah Langkawi.....ishh rasa nak pergi la tahun ni...ada budgjet tak? muahahahahhaha

Langkawi 2015

Wednesday, March 15, 2017

ShortVacay kat Thistle Port Dickson

Assalamualaikum  :)

Nak share pic last year lepak kat Thistle. Tak de pun planning nak pergi PD. Tapi ada orang nak belanja tido 1 malam, ktrang rembat je la. 2nd night kitarang bayar tu pon dapat harga best :)

Terima kasih pada yang belanja. Allah jua la yang membalas hehe

so.. best ke lepak 3H 2M kat hotel ala-ala 5 bintang pastu tak buat apa-apa just keluar makan je?

jawapannya -- best! sila la buat. Aku suka hahaha

Tapi yang sedihnya as tak dapat join sebab ada event. Ktrang dah booking date sebab nak pergi time weekend. So proceed la jugakkk


Gerak pon dah petang. Sampai PD terus pergi dinner kat Medan Ikan Bakar Port Dickson. Ktrang pilih kedai dalam sikit -- D'Terapung Port Dickson.


Sebelum masuk ke area D'Terapung tu, akan ada kedai-kedai seafood kat luar tu tau. So yang luar tu tidak pulak kami try. terus menonong masuk dalam.

Ktrang ambik Ikan Siakap bakar + Ketam masak cili (1 ekor) + Sotong goreng tepung dua ekor + 3 nasi + 3 air


Rasa dia? sangat sangat sangat FRESH dan SEDAP. Selera sangat ktrang makan haha...memang rekemen la makan sini. Cuma bila bab bayar, 3 jenis lauk ni RM150. yang mana ktrang rasa mahal la. telan air liur gak haha...tapi nak kata apa dah makan kan...

Bila baca review, ramai tak suggest makan sini. aku pon lupa mana blog yang rekemen ntah. tak pe.. sedap tapi mahal. pilihan di tangan anda hehe

Terus ke Thistle dan check in. Masuk bilik puas hati besar dia. Siap ada sofa lepak tepi tingkap :)


 view dari balkoni


 Lepas letak barang ktrang g lepak bilik kawan yang seponsor 1 malam. bilik dia bapakk best... ada dapur, ruang tamu...dalm bilik ada bath tub dalam bilik tu. perghhh....

balik bilik terus tido... syokkkk tidoooo hoteelllll hehhe

day 2...

pagi2 lepak sembang kat cafe.. kaw-kaw makan banyak sebab memang plan tak nak keluar. pastu tapau sekali roti n kuih kot la lapar kan kekeke

aku memang akan makan semua makanan kalau breakfast. dan biasa kami akan stay sampai habis masa hahahaha




tq bos sponsor kami :)

Settle bekpes, lepak-lepak kat pool... kat thistle ni ada 2 pool tau. 1 yang biasa tu - dewasa dan kanak-kanak, satu lagi infiniti pool...wallaaaaaa....ngadap laut tau :)







Lepak-lepak diorang mandi je, pastu lepak kat bilik. Petang memang layan mata.. Syokkkkk haihhh.....



bangun tido, aku siapkan minum petang.
tu semua makanan tapau dan bawa dari KL

Dan petang tu ktrang lepak mandi pool....opkoss terjah infiniti pool hehe







senja nan merah....

Lepas settle semua, malam nya ktrang lepak nyanyi karaoke 2 jam... kat sini ada bilik karaoke. kene booking. so kami ambik pukul 8-10pm




Lepak sat tepi laut... ermm tenanggg....


Pastu dalam kul 10 lebih ktrang kuar cari dinner. kali ni layan Mimi Seafood Village. dia ada 2 branch tau. kalau dari Teluk Kemang, ktrang g yang sebelah kiri tu. kene masuk dalam.

Makanan dia semua pun sedap... ikan jenahak masak half - 3 rasa dan asam limau, sotong goreng tepung, pepahat blackpeper, sup tulang, sayur kailan + nasi 3 + air buah 3 = RM 98

Mohon cuba sebab rekemen SEDAP dan MURAH :)
 

puas kan makan kalau rege nya gini?

dan balik bilik, miza facial kan muka kami. best sangat. thanks miza buat aku tertido sampai subuh hahahahaha

day 3

pepagi ktrang turun breakfast. makanan sini best. sedap dan kene selera :)


 muka tak mandi hahahah

naik bilik lepak-lepak dan ready nak check out...


 singgah main jap



pastu terus gerak balik ke KL. tak singgah mana-mana pun sebab esok dah nak keje :)

Apapun syukur dapat lepak santai macam ni. Kos pon tak berapa kaw sangat sebab orang belanja haha

Tamat shortvacay ke Port Dickson (^_^)

 thanks kesayangan muahciked hahaha