kerana mu BR...

kalo keranamu BF ok gak kan hehe

semalam aku rasa mcm hidup aku kelam kelibut.seyes letih, penat satu badan..gara-gara nak mengejar saham akhirat.eh silap saham bank rakyat (BR) :)



ye bank rakyat buka lot saham untuk tambahan + baru.tapi dia limit kan seorang leh dapat rm500 je...wawa...nape tak 5000???kenapa?kenapaaaaaaaa?????hehehe

pepagi rabu aku dah ready nak redah BR...bangun tido-siapkan bekal-terus naik bas g BR jalan ipoh.sampai sana dia kata borang dah habis.ada baiknya aku terus ke jalan tangsi.HQ BR.

dengan semangat yang ada, aku naik bas ke MJ.pastu ambik cab lak ke sana.mencabar2..sampai2 tengok selautan umat manusia menunggu no giliran.

ambik borang, isi jap.tup tup no dah habis.dia buka balik kul 1pm.tengok jam baru 10.45am.adoii mana la aku nak pergi.kang berjalan ke Sogo takut lewat lak kan ...

sudahnya aku bergayut dengan KKS..kejap call mak.kejap call kak kin.kejap call as.kejap kang su-mak-kak kin call balik...gitu la jadinya. :D

untuk menghilangkn kebosanan melampau, aku jalan la kaki ke taman tasik perdana.idak la sampai taman tu.dapat lepak kat labu sayung pon jadi la...



sambil jalan, dok berborak dengan cik as.bila dia tahu je aku nak beli saham, dan-dan dia pon nak g beli gak :D

maka layan la pic aku kat labu sayung ni :p





nak ilangkan boring, aku makan bekal sambil ber MMS dengan mak pui & kak kin...


entah hape2 aku bekalkan...ekeke

kak kin anto MMS plak dengan kata semangat... "berusahalah!!!!"



makan dah,sms n mms dah,call dah...tak tahu nak buat apa, aku ketip je la kuku hahahha


gemuk betol jari aku kan hehe

dalam 12.30pm aku menapak semula ke BR.tu pon kene beratur panjang gak.kul 1pm dia bagi nombor tunggu la lagi 73org.berbual2 dengan org sebelah2...kelakar minah ni...aku tak tanya pon dia keje pe, keje mana bla bla...

tup tup dia cakap camni...

"ko tau aku keje kat kaunter.ktrang 3 orang jaga kaunter semua ada degree.orang ingat ktrang ni tahap SPM je"

time ni aku nak je reply balik...tp ayat aku cmni la plak...

"sama la dengan tempt keje aku.ktrang 4 orang jaga kaunter library semua ada degree library science..."

muahahha...tapi tak terkeluar..aku hanya mampu cakap "yeke..." hehe

tak yah mention pon x pe...dari gaya ko cakap pon aku tahu ko level mana muahahha.cakap dengang dengung tapi otak kosong.wat pe camtu kan :)

settle aku nye urusan dalam kul 2pm.elok settle as sms dr perak dia pon dah selamat mensahamkan diri...yeaayy...berjaya gak as beli saham rm500 tu :p

dari BR aku menapak ke KWSP...singgah jap nak ambik salinan penyata.pastu aku sambung jalan kaki ke Sogo.beli roti & tuna.lepas ni kene la berjimat cermat.500 dah lebur macam tu je wawawa.....then terus shoot ke tempat keje...

plan asal aku nak cuti je semalam.tp ketua aku cakap mamat-manja shift dengan aku tu MC.so nak tak nak terpaksa la aku masuk keje.kul 3pm baru sampai tempat keje.tapi aku shift petang kul 8 malam baru balik....

gitu la seharian mengejar saham BR...hebat tol la BR ni...teruja aku.kalau la dapat keje situ...bonus berbulan2....furhhhh......

mana tahu 2-3 tahun lagi aku dapat tambah saham BR kan (^_^)

yang berjaya mensahamkan diri -->aku, as, kak kin, adeq, miza.... :p

su - mak pui - jun cepatlah korang selagi stok masih ada !!!!!!!!


Comments

  1. eh taktau pun pasal saham ni..sampai bila ni emi? macam nak laaaa

    ReplyDelete
  2. meen,
    dia baru buka selasa lepas...kalo ada masa cepat2 la g bank rakyat kat sana....

    bawa rm500 utk saham + rm20 utk buka akaun + rm5 wang process nye...

    jgn lupa isi form utk tambahan saham...kalo ada kekosongan lg dia akan offer lagi :D

    ReplyDelete
  3. weh...aku bengap sikit pasal ni...apa faedah kita amek saham BR ni weh? apa pulangan yg kita dpt? cer citer kat aku yg jahil ni...

    ReplyDelete
  4. wahid,
    yang sibuk aku nk kerjakan saham bank rakyat ni adalah dividen dia.last year dividen 15%.banyak tu

    aku kasi perkiraan dividen tahun lepas:)

    Bank Rakyat
    dividen 15% setahun
    500 x 15% = rm75

    kalo ASB lak
    dividen 7.5% setahun
    500 x 7.5% = rm37.50

    so bank rakyat bayar tinggi...tu pasal aku teruja.tapi sbb kite melabur rm500 maka sikit je la yg dapt dividen nye.kecewa disitu hehe

    sementara bank rakyat offer ni, sila la rebut.nanti mana tahu leh tambah lagi leh kite tambah kan...

    selamat melabur :D

    ReplyDelete
  5. Okeh..thnks for sharing..kalau berkesempatan nk pi la nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan-jalan Cari Makan di Teluk Intan

Summary Percutian budget ke Koh Lipe, Thailand

#Sembang Orang Bujang : Perodua Axia vs Proton Iriz