Saturday, March 12, 2011

Suam suam kuku dah jadinya

boleh tak aku nak cakap yang skill mengarang aku dah ke laut....!!!!

dah tak reti nak menulis/menaip entry.sampaikan as kata entry Krabi sangat formal...erkk

nanti aku asah skill bercerita eh cik as :p

weekend kali ni tiada aktiviti sosial.pagi sabtu ke tempat kerja.buat kerja macam charlie-chaplin.siap keje pukul 1.30pm.terus cabut ke MJ.singgah giant.beli bahan-bahan nak buat aiskrim...hehehe...

dari MJ singgah ke SOGO.plan asal nak cari wallet yang baru.survey harga.alih2 ke ruangan handbag.okey cuci mata je.tapi terjatuh cinta plak dengan ni.cantik.color pun pilihan hati.akhirnya terjebak.melayang rm50.tapi gaya nak beli tu macam nak beli beg rm500...semua nak teliti.cara pegang.cara pakai kat bahu.cun ke tak.sampai geram gile la sebab cermin tak disediakan.secara amnya tak dapat nak tengok diri sendiri dengan beg rm50 tu hehehe

bayar menggunakan kad debit.tapi sign macam pakai kad kredit.hehe..settle kat SOGO.terus pulang dengan bas.

sampai rumah lepak dengan ibu dan adik sambil berbicara soal kawen-kawen.ingat nak buat kenduri kawen satu benda yang mudah?susah ye.tapi tak pe.fasa pertama kita kemas rumah dulu.lain2 hal tunggu :)

tetiba mood datang nak buat aiskrim.sediakan bahan diatas meja dan bermula lah aktiviti main masak-masak.campur semua bahan.putar.dan sejukkan...yang sedihnya esok baru boleh makan.entah apa la rupanya.entah apa la rasanya.

siap bersihakan meja, sambung melepak di depan netbook dan tv.tengok bergilir-gilir.pening kepala tengok skrin, rehat atas katil.dah bosan baring tengok netbook semula.tengok tv lagi.kemudian makan cekodok bawang.ibu dan adik2 makan cekodok udang.amboi aku bukan anak mu ke ibu??hehe...aku tak makan udang.maka ibu buat cekodok bawang.feveret aku tu.terima kasih bonda!

dan sekarang masih mengadap netbook comel ni.okey jom la kita tido.esok hari ahad.banyak urusan mahu buat.mendobi kain baju,melipat kain sebakul,meng-ion baju kerja seminggu,memanjakan diri dan menghupdate surat-surat ke dalam fail masing2.duit sudah kering.tapi bil streamyx baru sampai.wawawa....

oh ye..orang dah sibuk ber UNIFI aku masih di takuk Streamyx...ketinggalan keretapi la kamu!

No comments:

Post a Comment