salam pagi isnin :D
arini aku masuk keje awal...sangap...tapi kaunter clear.so mari lah kt bercerita....eceh!
****************************************
31.12.2012 aritu kami sempat buat day trip ke Singapura.sebab bertapa kat JB lama kan, so kami plan la nak jalan2...nak singgah tempat yang tak masuk lagi...
Isnin pagi lepas solat subuh kami terus bersiap2 untuk ke Singapura.disebabkan nuril keje, so dia boleh hantar kami ke stesyen bas Pasir Gudang je. (penginapan kami di taja su n nuril :p)
Kami menaiki bas Maju no 224 untuk ke JB Sentral.plan kami nak masuk singapura dengan menaiki bas.harga tambang bas dari kompleks Pasir Gudang ke JB Sentral RM5.40 seorang.
perjalanan mengambil masa 1jam30minit
sampai di JB Sentral, ktrang sapedek dulu.makan kat mamak.tapi sedap.memang layan la!
kami naik ke atas utk melalui imigresen Malaysia di CIQ.selesai pengesahan pasport menggunakan pintu automatik, kami ke tingkat bawah untuk mengambil bas ke Singapura.
ada banyak company bas yang masuk ke Singapura. tapi kebetulan kami turun, Causeway Link yang tersedia depan mata. naik saja ye...
dengan bas, ada dua destinasi.
1) Kranji Station - RM1/pax - naik mrt untuk ke singapore city
2) Queen Street - RM 2.50/pax - naik mrt dr stesyen Bugis
disebabkan dulu kami dah cuba destinasi 1, kali ni kami cuba destinasi 2.
bas membawa kami ke imigresen singapura...sebelum queue untuk cop passport, kene isi borang dulu.selesai isi borang baru leh queue.settle cop passport kami berlari turun ke tingkat bawah untuk sambung menaiki bas.
tiket bas kene simpan untuk pengesahan naik bas company yg sama.jgn main redah je ok..
perjalanan ke Queen Street memakan masa 45 minit. sampai je di stesyen bas, dari jauh kelihatan stesyen mrt Bugis. kami ke sana dan time ni ktrang discuss...sama ada nak gunakan EZ Link atau pun Tourist Pass.
Ez Link - ala2 touch n go.habis kene topup.
Tourist Pass - pass ke mana2 destinasi + unlimited ride - bas, mrt, lrt
kami terus tanya di kaunter Ticket Office. Staff tu cadangkan ambik tourist pass. so, untuk penjimatan berganda, kami beli terus tourist pass dengan harga SD10 + deposit SD10.b4 balik kene return n refund balik duit deposit :)
so pass dah ada, kami terus memulakan perjalanan ke Singapura......
kemana kami nak pergi?
1) Sentosa Island
tujuan utama kesini nak
tengok USS nye pintu masuk wakakaka...nak masuk duit tak cukup lg.so tengok je
depan globe tu.dan kalau sempat nak ke beach. tapi syg nye singapura sepnjang
hari hujan. so kami hanya sempat sampai di USS je.
cara kesana
dari
stesyen Bugis kami menaiki train ke Outram Park. tukar laluan untuk ke Harbour
Front. sampai di sana jalan kaki dalam VIVO City.jalan ikut sign.confirm tak
sesat :p
ada dua pilihan untuk ke Sentosa Island.
1) sentosa
express - SD3/person
2) sentosa broadwalk - SD1/person
kami memilih
cara 2.penjimatan ye :p





2) Chinatown
hanya tempat untuk membeli
ole2.lebih murah dari Bugis Street.
cara kesana
naik train dr Harbour
Front straight ke Chinatown.
3) Makan Sup Tulang Merah @ Golden Mile Food
Court
disebabkn trip lepas x dapat jjcm, kali ni kami usahakan. sup tulang
merah wajib makan kalo dah sampai singapura.
cara kesana.
kami sambung
menaiki train sampai ke stesyen Dhoby Ghaot.(as kata stesyen pakcik dhoby kene
gaot hhee) turun dan tukar line untuk ke Nicol Highway.sampai di Nicol Highway,
ikut sign/jejntas terus ke Beach Road.turun jejantas dan ke kanan straight.akan
jumpa masjid Hajjah Fatimah, Kampung Glam Community Centre dan sebelahnye Golden
Mile Food Court.
dari bacaan di internet, ada yang rekemen Haji
Kadir...ada juga Deen.sebab malas nak cari Haji Kadir, kami duduk je di kedai
Deen. sekali hampeh. Haji Kadir betol2 di sebelah Deen....ekekke
sup
tulang merah 7ketul bersaiz small SD10 + roti perancis. up dengan mee
kuah.
rasa?tidak mengecewakan :) total lunch kami SD16 + air
SD2.40
usai makan, kami meneruskan perjalanan......
kemana?
bersambung next entry (^_~)