Monday, March 10, 2014

#PrayforMH370

aduh.....sejak sabtu lepas sedih sungguh pasal isu ni...


cuak sedih takut...arghh macam2 rasa...semua pun rasa benda yang sama...lagi2 kalo suka naik-turun kapal terbang ni.....debor lain macam huhu

kalau terkena kat family sendiri, lagi tak tau nak hadapi keadaan ni macam mana....

ibu dah bising2 suruh stop berjalan....dia siap berazam tak nak naik kapal terbang dah...say NO to langkawi ekekeke

dalam banyak2 video aku tgk, video ni paling sedih... *sebak



Terjemahan.....
"MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi.

Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.

Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.

Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."


Nak sangat ada keajaiban...diorang semua selamat mendarat dimana2....dan bertmbah2 la aku takut nk travel pasni...fobia n cuakkk huhuhuh

doa la semoga diorang selamat kembali...tak pun tunjukkan la jalan semoga kita dapat jumpa dimana MH370 mencari ni....aminn....  

2 comments:

  1. Mmg menjadi tanda tanya ke mana hilang nya pesawat ini kerana tiada kesan ia jatuh atau terhempas hanya allah shj yg tahu. Kita hanya mampu berdoa utk mereka dan menemui pesawat tsbt aminne

    ReplyDelete