Wednesday, September 11, 2019

Cuti-cuti Ipoh, Perak 2019 : Ada apa dekat Ipoh

Hallooooooooooooooooooooo

Bape lama nak update tapi tak update hihi. Okeylah arini nak update pasal short vacay ke Ipoh. Sekarang ni memang dah slow merayap. Banyak habiskan masa kat rumah je. Faktor usia atau wallet dah tak tebal macam dulu hihi



Ipoh... ada apa kat Ipoh kan. dari KL 2jam setengah je drive santai. Plan nak merayap pon last minit. Bosan cuti panjang tapi memerap je. Tu yang datang idea ke Ipoh. kali ni kita merayap dengan geng opis. So kita up gambar dan info trip Ipoh yang tak seberapa ni :D



1) Hotel - D Eastern Hotel

Kalau korang ke Ipoh, plissss consider hotel ni. Tengok gambar biashe-biashe je. Tapi bila sampai sana dah check in, not bad. Sesuai dengan harga. Ktrang booked kat Agoda dan dapat best price RM125.50 untuk Family Room.

Katil, toilet, keluasan bilik superb. TV pon channel tak boring. Ion disediakan kat Level 1. apa lagi? okey parking kete dia limited tapi Insyaallah dapat parking belakang hotel. Receptionist pon baik dan peramah. Lokasi sangat la tengah bandar dan strategic. Walking distance nak ke Gerbang Malam (Pasar Malam), Konda Kondi Cafe - hipster cafe yang femes in town, dekat juga dengan Medan Selera Dato Tawil Azar a.k.a taman kanak-kanak.

Dengan harga dibayar ni kita kasi ⭐⭐⭐⭐ out of 5 :D

D Eastern Hotel
05-254 3936

Booking via - Agoda.com








2) Taman Rekreasi Gunung Lang

Ni kali ke dua datang sini. Last datang 2015 dan datang balik tahun ni tak da perubahan pon. okey ada.. dulu tak de mini zoo untuk rusa, kuda, burung unta. Now ada dah. Tarikan untuk budak-budak.

Lokasi Gunung Lang tak jauh dari bandar. 10minit dengan bantuan WAZE dah boleh sampai. Suasana dia seakan-akan di Halong Bay. Penuh dengan gunung batu kapur. Kiranya dah macam back to nature :)

Harga tiket untuk naik bot RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak/warga emas (3-12 tahun).

Taman Rekreasi Gunung Lang
8.30am-6pm
+60 5-208 3333












Geng Opis (^_^)

3) Night market - Gerbang Malam

Kalau nak cuci mata tengok barang-barang biasa dijual di pasar malam, boleh la ke Gerbang Malam. Sama macam uptown je style barang dijual. ktrang just jalan-jalan cuci mata sebelum pergi dinner :D



Ni je ktrang pergi haha. Punya la tak heran apa menarik dengan ipoh. Sebab misi utama memang nak makan je kat Ipoh. So next entry kita share pasal tempat makan ye. Nyum nyum....

See ya!

No comments:

Post a Comment

Cuti-cuti Ipoh, Perak 2019 : Ada apa dekat Ipoh

Hallooooooooooooooooooooo Bape lama nak update tapi tak update hihi. Okeylah arini nak update pasal short vacay ke Ipoh. Sekarang ni meman...