Wednesday, March 15, 2017

ShortVacay kat Thistle Port Dickson

Assalamualaikum  :)

Nak share pic last year lepak kat Thistle. Tak de pun planning nak pergi PD. Tapi ada orang nak belanja tido 1 malam, ktrang rembat je la. 2nd night kitarang bayar tu pon dapat harga best :)

Terima kasih pada yang belanja. Allah jua la yang membalas hehe

so.. best ke lepak 3H 2M kat hotel ala-ala 5 bintang pastu tak buat apa-apa just keluar makan je?

jawapannya -- best! sila la buat. Aku suka hahaha

Tapi yang sedihnya as tak dapat join sebab ada event. Ktrang dah booking date sebab nak pergi time weekend. So proceed la jugakkk


Gerak pon dah petang. Sampai PD terus pergi dinner kat Medan Ikan Bakar Port Dickson. Ktrang pilih kedai dalam sikit -- D'Terapung Port Dickson.


Sebelum masuk ke area D'Terapung tu, akan ada kedai-kedai seafood kat luar tu tau. So yang luar tu tidak pulak kami try. terus menonong masuk dalam.

Ktrang ambik Ikan Siakap bakar + Ketam masak cili (1 ekor) + Sotong goreng tepung dua ekor + 3 nasi + 3 air


Rasa dia? sangat sangat sangat FRESH dan SEDAP. Selera sangat ktrang makan haha...memang rekemen la makan sini. Cuma bila bab bayar, 3 jenis lauk ni RM150. yang mana ktrang rasa mahal la. telan air liur gak haha...tapi nak kata apa dah makan kan...

Bila baca review, ramai tak suggest makan sini. aku pon lupa mana blog yang rekemen ntah. tak pe.. sedap tapi mahal. pilihan di tangan anda hehe

Terus ke Thistle dan check in. Masuk bilik puas hati besar dia. Siap ada sofa lepak tepi tingkap :)


 view dari balkoni


 Lepas letak barang ktrang g lepak bilik kawan yang seponsor 1 malam. bilik dia bapakk best... ada dapur, ruang tamu...dalm bilik ada bath tub dalam bilik tu. perghhh....

balik bilik terus tido... syokkkk tidoooo hoteelllll hehhe

day 2...

pagi2 lepak sembang kat cafe.. kaw-kaw makan banyak sebab memang plan tak nak keluar. pastu tapau sekali roti n kuih kot la lapar kan kekeke

aku memang akan makan semua makanan kalau breakfast. dan biasa kami akan stay sampai habis masa hahahaha




tq bos sponsor kami :)

Settle bekpes, lepak-lepak kat pool... kat thistle ni ada 2 pool tau. 1 yang biasa tu - dewasa dan kanak-kanak, satu lagi infiniti pool...wallaaaaaa....ngadap laut tau :)







Lepak-lepak diorang mandi je, pastu lepak kat bilik. Petang memang layan mata.. Syokkkkk haihhh.....



bangun tido, aku siapkan minum petang.
tu semua makanan tapau dan bawa dari KL

Dan petang tu ktrang lepak mandi pool....opkoss terjah infiniti pool hehe







senja nan merah....

Lepas settle semua, malam nya ktrang lepak nyanyi karaoke 2 jam... kat sini ada bilik karaoke. kene booking. so kami ambik pukul 8-10pm




Lepak sat tepi laut... ermm tenanggg....


Pastu dalam kul 10 lebih ktrang kuar cari dinner. kali ni layan Mimi Seafood Village. dia ada 2 branch tau. kalau dari Teluk Kemang, ktrang g yang sebelah kiri tu. kene masuk dalam.

Makanan dia semua pun sedap... ikan jenahak masak half - 3 rasa dan asam limau, sotong goreng tepung, pepahat blackpeper, sup tulang, sayur kailan + nasi 3 + air buah 3 = RM 98

Mohon cuba sebab rekemen SEDAP dan MURAH :)
 

puas kan makan kalau rege nya gini?

dan balik bilik, miza facial kan muka kami. best sangat. thanks miza buat aku tertido sampai subuh hahahahaha

day 3

pepagi ktrang turun breakfast. makanan sini best. sedap dan kene selera :)


 muka tak mandi hahahah

naik bilik lepak-lepak dan ready nak check out...


 singgah main jap



pastu terus gerak balik ke KL. tak singgah mana-mana pun sebab esok dah nak keje :)

Apapun syukur dapat lepak santai macam ni. Kos pon tak berapa kaw sangat sebab orang belanja haha

Tamat shortvacay ke Port Dickson (^_^)

 thanks kesayangan muahciked hahaha


Friday, March 10, 2017

Ada orang nak baca tak? :)

Phewww............

1st entry 2017 hehe

Tadi tengok-tengok thumdrive. Banyak betul gambar yang tak share kat sini. Sebab buka blog, ada member nak pergi Hong Kong tanya info. Nampak tak blog ni berguna time nak recall balik trip 2013?

So...........rasanya memang nak rajin balik update blog. Kalau rajin, boleh la menceceh dalam ni kan. banyak gak benda nak share. Ni tengah datang semangat la ni hahahaha

ok....doakan ada entry seterusnya ekekke



Kot la ada yang rindu, ni pic latest kita kah kah kah

Happy weekend guys šŸ˜†šŸ˜™

Friday, December 30, 2016

Bye 2016, Hello 2017

Last entry untuk tahun ni :)

Masa mula-mula melangkah ke 2016, aku tak tahu nak tulis apa impian aku. Blank. Kosong.

Tapi aku doa. Doa sungguh-sungguh.
"Ya Allah tahun ni aku tak tahu nak impikan apa. Aku pasrah dengan ketentuanMu. Aku serahkan segalanya padaMu Ya Allah. berilah apa yang aku perlu dan bukan apa yang aku mahu............" nangisss........ :)

dan.... melalui 2016 sangat manis untuk aku kenang. banyak sangat perubahan diri yang aku sendiri boleh rasa dari dalam. cuma luaran still menten chubby gini hehe

apa pun...terima kasih Allah ubati hati aku dengan rahmat dan kasih sayangNya... Doakan semoga aku bersemangat dan bahagia melalui 2017...

Terima kasih 2016...

Selamat datang 2017....

 Regards, 
Amy Hamid


Monday, October 3, 2016

Jalan-jalan Ikea, Cheras

Salam Monday Bluessssssssssss

Hihihi...Mana ada monday blues kan. Arini cuti lagi. Happy dapat lepak kat kampung. Sekarang ni selalu gak balik kampung :)

Sejak Ikea buka cawangan dia kat Cheras, ktrang tak sampai lagi. So dah zikir banyak kali nak pergi, jom la kita ke Ikea.

Parking banyak. Happy plak rasa haha... Sampai-sampai terus makan dulu sebab lapaarrrr.....

 makan simple gini pon terbang rm104. senang betol duit habis kan hahahha

Lepas makan, ktrang solat asar siap-siap. satu je la surau kecik, telekung plak ada 3-4 pasang je. orang ramai kene tunggu. nak mudah, bawa telekung sendiri ye

Masuk dalam, ktrang habiskan masa dengan bergambar je...tak de usha apa-apa pon...bergambar je hehehe

 us

 cermin plak


 lawa dapo


acah-acah comel la hahahha


 seronok betollllllllllll


Settle round dah maghrib hahaha... aku tanya pui ada tak masjid dekat-dekat, dia cakap kat luar ni ada....terus ktrang solat kat masjid je... tak ingat ,masjid apa tu tapi dekat je kat traffic lite Ikea tu. masjid baru. naik lif nak ke tempat solat. ambik wudhu kat level 1. parking kat basement.

bagus la masjid baru ni :D

Sebelum berpisah, ktrang lepak minum kat old town. Meeting sikit. Update la pasal apa pun. Ada projek baru dan juga business muahhahhhahaa


Esok dah keje..... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa