testing

Tuesday, March 21, 2017

#Tripsakitnyatudipoket Part 2 : Tempat Makan Halal dan Sedap di Koh Lipe

Hahahahahhahahaha

Pe benda trip dah lama basi boleh up plak petang-petang ni?

Entah. Kes sayang gambar ekekeke

Ok la aku dah total lost dan lupa habis perjalanan trip ni. Bila tengok gambar boleh la share pasal makan.

Seperti sedia maklum, kalau bercuti di pulau-pulau kos MAKAN adalah paling mahal sekali. Sebab kan kali ni kami tak control sangat budget, ON je la makan kedai.

1. Kedai Roti Mina Restaurant

cilok google images :)

Sampai je Koh Lipe, ktrang belasah makan kat sini. Ya Allah sedapnya tomyam dia. Susah nak jumpa original tomyam kat sini. Rindu nak makan kaw kaw tomyam tu...Nakkkkk repeaattt......hehehe

 tomyam Mina yang meletop! rekemen :)

2. Khonlay Thaifood Restaurant

Kedai ni kami try gak. Tapi kali ni tak ambik tomyam, tapi green curry. Ermm not bad tapi tetap angau dengan tomyam mina hahahaa

cilok google images :)

green curry + somtam+ telur bungkus + paprik


3. BungRoon Halal Food

Kedai ni paling senang nampak sebab tepi pantai. Kali ni try lunch kat sini. Menu dia not bad. Kami pon try menu baru -- tomyam putih


Menu lebih kurang tapi ktrang try tomyam putih....

4. Pancake dan Chai Yen di Walking Street

Sepanjang jalan banyak orang jual pancake yang femes tu. macam roti mina pon jual tapi kami tak try. Ktrang suka lepak satu kedai abang ni. Bayangkan asyik bertenggek je, last datang tu abang tu belanja 1 pancake. Bengang je pompuan yang keje situ ahhahahaha



Pancake tak yah komen la ye. Sebab seeedddaaaapppppp hahahaha

Kesimpulan
Boleh aku katakan, kalau nak rasa real tomyam, straight je la ke Roti Mina tu. tu la kedai paling menawan tekak ni haha...kedai lain tak try tomyam plak kan. So tak tahu la rasa sehebat mina ke tak...

Pancake memang semua pon sedap. Lupa snap pic abang tu ekekkee

Kedudukan kedai semua dia Walking Street. situ la kedai makan, situ la kedai souvenier, situ la gak pakej2 island hoping. Rajin survey dan pandai cari untuk dapat harga terbaik..

Kalau budget makan, 3h2m aku suggest sorang rm200... sebab leh makan puas-puas. ktrang tak bawa cash banyak so kene la catu makan. situ tak de mesin ATM so make sure nak turun pulau kene duit banyak sikit ok :)

 tu dia walking street Koh Lipe :)

Next entry kita conclude je la pasal Koh Lipe.

Stay tune!


3 comments:

  1. menyesal aku bc malam malam buta gini, penuh gambar makan je. lapa dah aku hahahaha

    ReplyDelete
  2. Tom yam! X ada tom yam sedap selain kat thailand! Nyummy

    ReplyDelete