Showing posts with label Pahang-Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Pahang-Kuantan. Show all posts

Friday, September 30, 2016

#Birthdaytrip 2016 : Jalan-jalan cari makan di Kuantan, Pahang




Salam Jumaat....

tuuu diaaaaaaa berzaman baru nak habiskan entry Kuantan, Pahang muahahaha.... lagi 4-5 bulan dah next trip untuk birthday baru hegeh-hegeh nak habiskan ehhee...

semalam petang konon nak blogwalking list fren tapi baru sedar, list kawan yang aku ada dah hilang. ye hilang wawawa... Insya Allah arini ada masa nak up balik list frend tu. Susah jadinya nak ziarah blog orang :)

Sambung eh JJCM Kuantan plak. Jom!

=======================================================================

Sebelum sambung entry Kuantan ni, aku recap balik entry sebelum-sebelum ni. Senang klik je leh baca :D


So hari ni aku nak share pasal tempat makan best yang korang kene singgah kalau dah sampai Kuantan.

1. Restoran Sara Thai Kitchen


Mula-mula sampai kitorang dah isi perut kat sini, Hasil recomendation dari kawan-kawan, diorang suruh pilih masak stim dan pulut mangga yang wajib cuba.

 ikan siakap masak stim, kerabu mangga, sotong goreng tepung - terbaik
tomyam - failed. tak rekemen 


terbaik setakat ni

Semua makanan sedap kecuali tomyam. Sorry tak taste sangat. Memang ikan stim dia cukup rasa wawawa.....

Sara thai ni ada dua cawangan kat Kuantan. Satu kat bandar tu Jalan Gambut, satu lagi kat Balok. So kami pergi yang kat bandar. Cari guna waze, Insya Allah sampai :)

2. Kula Cakes


Yang ni kedai kek yang bagi aku semua kek dia sedap. cakap semua macam la beli semua kan hehehe...terbaik manggo cheese kek dia...pavlova pon not bad. kek coklat dia rasa coklat kaw kaw....

yang ni ktrang tapau bawa balik sebab dah kenyang sangat nak lepak makan kek.. so makan kat bilik hotel je 


3. Eda Yasin Nasi Minyak Warisan Tanjung Api


Lokasi kali ni untuk sarapan pagi. Gigih kan pepagi bangun semata-mata nak pergi sarapan hehe... aku baca blog DJ. Selera plak tengok kan. So terus la ktrang terjah.

Signature dia nasi minyak, so aku order nasi minyak. dan menu lain laksam dan kuih muih


kuih kacang hijau ni sedap, asyik bangun g ambik kuih je hehehe

kalau korang nak makan nasi minyak boleh try sini, nasi lain pon ada. nasi lemak dan nasi putih. pilihan lauk pon banyak.

4. Warung Paksu & Maksu, Peramu



kalau ke terengganu sinonim dengan sotong, udang, ikan celup tepung kan. kat Kuantan warung paksu & maksu jadi pilihan. ktrang minum petang kat sini. Saje nak try sedap ke goreng tepung ni.

Lokasi dia betul-betul sebelah balai polis peramu :)




Bagi aku seleksi makanan dia yang banyak, rasa pon tak mengecewakan. boleh untuk repeat lagi. sos cicah dia pon sedap. cuma kedai ni sentiasa penuh. kalau bawa budak memang agak panas :)

kene try ok.

5. Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur



Aku selalu dengar kesedapan ana ikan bakar petai ni. tapi tak pernah berpeluang pergi makan. So dah sampai Kuantan, harus la tinggal jejak

Ktrang order banyakkk....tamak kan...yang pelik habis licin muahahaha....aduh laaa...apa nak jadi kan....ekekek

 sotong sambal petai

 ikan pari bakar sambal petai

 ketam telur masin


 sotong goreng tepung

otak-otak, coconut shake - ok
pulut mangga biasa je. sara thai win hehehe

Overall semua sedapppp :D

.
.
.
.

Ni la antara 5 tempat makan yang sangat di rekemen untuk singgah di Kuantan. Happy sangat semua makanan sedap. Tak sedih pon berat badan naik hahahaha

Tata. Have a nice long weekend...

Salam tahun baru.... #muahciked

Monday, May 16, 2016

#Birthdaytrip2016: Sungai Lembing Underground Tin Mines, Jambatan Gantung Kolong Pahat, Sungai Lembing, Kuantan Pahang

Muahahhahahahahaha

apa nak jadi la kan...tak mo ceta la hahaa....ok sambung

***************************

dari muzium, ktrang sambung jalan ke Sungai Lembing Underground Tin Mines. tak jauh pon. kat sini dikenekan bayaran masuk rm15.90 (include gst) huhu...


masuk je ke dalam, kt kene naik train untuk masuk ke dalam terowong ni...naik train 400 meter + kene berjalan kaki 600meter lagi....letih n berpeluh gak. tapi boleh la...sebab terowong tu rasa sejuk je...hujung2 baru panas sikit

 

sepanjang jalan dia letak info kiri kanan terowong tu.. pui rajin baca..aku pon  tapi tak serajin dia haha....last2 snap2 gambar je...pastu ktrang keluar balik...tak de la lepak lama sangat dalam ni....45minit-sejam gak kot...




 

 




posing dengan abang....

balik dari sini, ktrang singgah jambatan gantung kolong pahat sungai lembing....tak jauh dari situ...teruskan jalan je...tak ada apa-apa info berkaitan...so snap gambar je la :p


 



dan ktrang teruskan perjalanan balik ke Kuantan semula...masa kat kuantan bebetol ziarah Sungai Lembing je...lepas2 tu lepak hotel- tido- mandi pool - layan gym...

entry lepas ni kt share pasal tempat makan best area Kuantan k 

Love,
Amy

Tuesday, March 29, 2016

#Birthdaytrip2016: Muzium Sungai Lembing, Kuantan Pahang

sambung lagi entry Kuantan, Pahang...

sebelum aku pergi Kuantan, laju aku search blog DJ..dia pernah g sebelum ni..aku pon plan nak berehat...so xde la beria nak tawan Kuantan hehe...bukan senang nak bercuti n jadi orang have-have ni :D

so ktrang jejak kan kaki ke Muzium Sungai Lembing. dari bandar Kuantan dalam 40km je.  jalan pon tak de la penuh kereta tapi 1 line je la..kalau duduk belakang lori, mohon bertabah :p

sampai je sana,beli tiket masuk RM2..pancit gak la kene naik bukit sikit hewhewhew

banyak info pasal sejarah perlombongan bijih timah kat sungai lembing... gigih la membaca...jumpa plak kerusi n video pasal ni, melepak la kami kat situ...cuaca panas sangat....huhuhu

tengok gambar je k





dan sebelum balik, bergambar depan muzium dulu....


ktrang sambung jalan lagi ke terowong bijih timah...net entry :D


Tuesday, March 22, 2016

#Birthdaytrip2016 : Swiss Garden Beach Resort, Kuantan, Pahang

Assalamualaikum...

Nampak tak semangat membara nak update blog? Harapannya semoga berterusan la hehe

Tahun ni punyer besday trip -- tak de naik kapal terbang sebab aku tak de hati lagi nak merayap kuar malaysia.. teruk kan penangan putus cinta...habis semua benda selama ni ko suka ko jadi menyampah nak buat....selain travel, reward diri makan kat tempat best-best pon aku tak pergi... hahahahha

Sooooo.....aku suggest tahun ni ke Kuantan, Pahang. masing2 tanya why kuantan? alasan sebab aku dapat voucher Maybank + aku tak pernah explore Kuantan. miza dok ajak ke bangkok la at least sabah ke sarawak ke tapi aku tetap dengan Kuantan....hahaha...sorry! miza dah selalu sangat pergi Kuantan sebab mak sedara dia ramai kat situ....pui baru jalan2 dengn kawan opis ke Kuantan....aku tak kisah apa jua reason korang hehehehe

end up....ktrng pergi juga Kuantan, Pahang.... wieeee

ktrang stay kat Swiss Garden Beach Resort. tahun lepas sape pakai kad kredit Maybank, dia bagi voucher kan...so kawan aku ni bz (hi qira) dia pon lantingkan la kat aku....terus ktrang up 4hari 3malam lepak Kuantan....

Kos penginapan 4hari 3malam RM2,056..so guna 3 voucher RM 1500...balance RM556 ktorang tong-tong...dapat la jimat sikit...tapi duduk hotel mahal hehe




view dari balkoni...

kebesaran bilik - toilet semua best. suka duduk sini...

petang-petang ktrang lepak tepi pantai...diorang swimming tapi aku lepak tepi. tetibe rasa segan nak masuk pool baju ketat2 muahahaha....mungkin aku dah tua...so aku pilih jaga beg dan layan perasaan uweekkkk




kat sini ada budak buka pameran arnab...nak main boleh...diorang ni apa ntah bersembang dengan budak tu, dapat la main arnab free...patut kene bayar rm4 ye...hahaa....aku tak join sebab aku dok lepak je tepi pool ni...esok nye pergi main lagi...free lagi..kesian adik tu x untung jumpa miza n pui hahaha

 tokey arnab dengan adik dia...bagus budak ni tau

eeii geli la main dengan arnab hahaha

malam plak...ktrang lepak gym..pastu lepak sauna....main gak indoor games...seyes enjoy sebab aku nak bercuti kan...xmo serabut-serabut asyik berjalan je hew hew hew






sebabkan aku pakai voucher, breakfast kene bayar... rm25/pax...pilihan ok la...ktrang lepak sampai la time breakfast habis...baru bebaloi bayar mahal hahahahhaa

 pilihan breakfast...

overall, ktrang enjoy lepak sini. petang siap tido petang lagi... haha...dasar kuat tido kan...malam dah la tido awal hehehe

yeayy.....

Sape kata Kuantan tak best? (^_^)