Salam Jumaat....
tuuu diaaaaaaa berzaman baru nak habiskan entry Kuantan, Pahang muahahaha.... lagi 4-5 bulan dah next trip untuk birthday baru hegeh-hegeh nak habiskan ehhee...
semalam petang konon nak blogwalking list fren tapi baru sedar, list kawan yang aku ada dah hilang. ye hilang wawawa... Insya Allah arini ada masa nak up balik list frend tu. Susah jadinya nak ziarah blog orang :)
Sambung eh JJCM Kuantan plak. Jom!
=======================================================================
Sebelum sambung entry Kuantan ni, aku recap balik entry sebelum-sebelum ni. Senang klik je leh baca :D
#Birthdaytrip2016 : Swiss Garden Beach Resort, Kuantan, Pahang
#Birthdaytrip2016: Muzium Sungai Lembing, Kuantan Pahang
#Birthdaytrip2016: Sungai Lembing Underground Tin Mines, Jambatan Gantung Kolong Pahat, Sungai Lembing, Kuantan Pahang
#Birthdaytrip2016: Muzium Sungai Lembing, Kuantan Pahang
#Birthdaytrip2016: Sungai Lembing Underground Tin Mines, Jambatan Gantung Kolong Pahat, Sungai Lembing, Kuantan Pahang
So hari ni aku nak share pasal tempat makan best yang korang kene singgah kalau dah sampai Kuantan.
1. Restoran Sara Thai Kitchen
Mula-mula sampai kitorang dah isi perut kat sini, Hasil recomendation dari kawan-kawan, diorang suruh pilih masak stim dan pulut mangga yang wajib cuba.
ikan siakap masak stim, kerabu mangga, sotong goreng tepung - terbaik
tomyam - failed. tak rekemen
terbaik setakat ni
Semua makanan sedap kecuali tomyam. Sorry tak taste sangat. Memang ikan stim dia cukup rasa wawawa.....
Sara thai ni ada dua cawangan kat Kuantan. Satu kat bandar tu Jalan Gambut, satu lagi kat Balok. So kami pergi yang kat bandar. Cari guna waze, Insya Allah sampai :)
2. Kula Cakes
Yang ni kedai kek yang bagi aku semua kek dia sedap. cakap semua macam la beli semua kan hehehe...terbaik manggo cheese kek dia...pavlova pon not bad. kek coklat dia rasa coklat kaw kaw....
yang ni ktrang tapau bawa balik sebab dah kenyang sangat nak lepak makan kek.. so makan kat bilik hotel je
3. Eda Yasin Nasi Minyak Warisan Tanjung Api
Lokasi kali ni untuk sarapan pagi. Gigih kan pepagi bangun semata-mata nak pergi sarapan hehe... aku baca blog DJ. Selera plak tengok kan. So terus la ktrang terjah.
Signature dia nasi minyak, so aku order nasi minyak. dan menu lain laksam dan kuih muih
kuih kacang hijau ni sedap, asyik bangun g ambik kuih je hehehe
kalau korang nak makan nasi minyak boleh try sini, nasi lain pon ada. nasi lemak dan nasi putih. pilihan lauk pon banyak.
4. Warung Paksu & Maksu, Peramu
kalau ke terengganu sinonim dengan sotong, udang, ikan celup tepung kan. kat Kuantan warung paksu & maksu jadi pilihan. ktrang minum petang kat sini. Saje nak try sedap ke goreng tepung ni.
Lokasi dia betul-betul sebelah balai polis peramu :)
Bagi aku seleksi makanan dia yang banyak, rasa pon tak mengecewakan. boleh untuk repeat lagi. sos cicah dia pon sedap. cuma kedai ni sentiasa penuh. kalau bawa budak memang agak panas :)
kene try ok.
5. Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur
Aku selalu dengar kesedapan ana ikan bakar petai ni. tapi tak pernah berpeluang pergi makan. So dah sampai Kuantan, harus la tinggal jejak
Ktrang order banyakkk....tamak kan...yang pelik habis licin muahahaha....aduh laaa...apa nak jadi kan....ekekek
sotong sambal petai
ikan pari bakar sambal petai
ketam telur masin
sotong goreng tepung
otak-otak, coconut shake - ok
pulut mangga biasa je. sara thai win hehehe
pulut mangga biasa je. sara thai win hehehe
Overall semua sedapppp :D
.
.
.
.
Ni la antara 5 tempat makan yang sangat di rekemen untuk singgah di Kuantan. Happy sangat semua makanan sedap. Tak sedih pon berat badan naik hahahaha
Tata. Have a nice long weekend...
Salam tahun baru.... #muahciked
Emy,
ReplyDeleteramai yang ada problem pasal bloglist hilang tu...nasib saya punya utuh di situ.kalau tidak mmg peninglah nak ingat balik semua list yang ada
berbalik citer pasal kuantan..haritu saya tawaf dari stadium ke kula cake ne lah..sekali tutup...stress makkkk!! pastu teringin pula nak pekena kopi akar tu, menapaklah cari..bila dah jumpa berganda frustnya sebab tutup juga huhuhu..esok nak balik kuantan, nak cari balik kula cake dan kopi akar ni..tak kira!! *sorry teremo lah pula :D
ooo yeke...alahai...nasib la suka baca blog femes. leh la jejak balik. tapi kawan2 yg lain kene cari. xpe nanti kt kumpulkan balik :)
Deletezilla org kuantan ke. kalau kt pon frust. menapak kan bukn bawa kete hehe...siapkan entry ni rasa nak pergi balik ke kuantan. teringin nak makan banyak n sedap hhehehehe
Sebut pasal kuantan kita frust sbb dh plan tiket dah beli sekali dpt berita kuantan banjir ada certain jln di tutup..itie semia dh siap dan list trmpat mkn sume...sekali dh mcm tu kena cancel ntah bila rezeki dpt ke kuantan ni 😩
ReplyDelete