Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Ronda-ronda Singapura 2012 : Part II

sambungan entry sebelum ni.... Part I


usai makan, kami singgah solat di Masjid Hajjah Fatimah.rehat luruskan kaki.sebelum keluar kebetulan ada bacaan yassin sempena tahun baru.kami dihidangkan air susu badam.sumpah sedap!yang hidang pon leh tahan.....seorang anak muda agak manis rupanya :) kan pui kan ekekeke


kami meneruskan perjalanan ke...

4) Singapore Flyer.

tak mampu nak naik tapi mampu bergambar je :)

cara ke sana
kami naik train semula di Nicol Highway dan turun di Promenade.

plan nak naik water taxi untuk keseberang sana.ada muzium art.tp syg nye perkhidmatan dah ditutup awal.disebabkan persediaan untuk countdown new year.tak pe.kami pasrah.


so, hari semakin petang kami ambik keputusan untuk balik ke JB.

berpatah jalan kaki untuk ke stesyen Promenade.jalan sudah mula ditutup.sehinggakan untuk melintas pun, polis tu buat tak tahu je.kirikanan jalan ditutup...

tak pe....

ktrang berjalan ke perhentian bas...tengok bas mana yang akan ke Orchard Road.alhamdulillah dapat driver bas yang happy-go-lucky.seronok naik bas dia.bila kami sampai di Takasyima mall, dia suruh turun situ dan sempat wish dengan happy nye....

"ok..Enjoy!!!happy new year!!!"

rasanya kalau kat sini, xjumpa kot driver macam tu.driver sini semua garang2 ekekekekeke
masuk dalam takasyima mall dan menyusuri jalan sampai ke stesyen Orchard.singgah di ticket office nak tau stesyen mana kami boleh refund deposit. staff tu kasi idea untuk ke Stesyen Woodlands.

selain Bugis, orchard dan woodlands pon boleh tukar.

kami naik train dr Orchard dan terus ke Woodlands. sampai sana return tourist pass dan dapat balik refund SD10/seorang.

dari Woodlands kami turun bawah dan naik bas 950 untuk ke JB. tambang dikenekan SD1.30 seorang.

sampai di imigresen Singapura, turun dan dapatkan cop keluar.
naik bas untuk ke JB Sentral...melalui imigresen malaysia dan selesai.

turun bawah untuk dapatkan bas ke Pasir Gudang.harga balik RM4.10.murah la plak...

so tamat la day trip kami ke Singapura.....

#harga tiket setiap train tak tahu sbb kami pakai pass
#best nye kalau malaysia ada bas 2 gerabak macam kat singapore
#setiap kami tukar SD50 = RM125..siap ada balance lagi bawa balik kl. dapat la sorang rm 41.80. :D
#percutian jimat di hujung tahun
#Insyaallah jika ada rezeki kami, next visit fokus USS je...

#singapore best!

Monday, January 7, 2013

Ronda-ronda Singapura 2012 : Part I

salam pagi isnin :D

arini aku masuk keje awal...sangap...tapi kaunter clear.so mari lah kt bercerita....eceh!

****************************************

31.12.2012 aritu kami sempat buat day trip ke Singapura.sebab bertapa kat JB lama kan, so kami plan la nak jalan2...nak singgah tempat yang tak masuk lagi...

kisah 2010 klik sini.. Sehari di bumi Singapura

Isnin pagi lepas solat subuh kami terus bersiap2 untuk ke Singapura.disebabkan nuril keje, so dia boleh hantar kami ke stesyen bas Pasir Gudang je. (penginapan kami di taja su n nuril :p)

Kami menaiki bas Maju no 224 untuk ke JB Sentral.plan kami nak masuk singapura dengan menaiki bas.harga tambang bas dari kompleks Pasir Gudang ke JB Sentral RM5.40 seorang.

 perjalanan mengambil masa 1jam30minit

sampai di JB Sentral, ktrang sapedek dulu.makan kat mamak.tapi sedap.memang layan la!

kami naik ke atas utk melalui imigresen Malaysia di CIQ.selesai pengesahan pasport menggunakan pintu automatik, kami ke tingkat bawah untuk mengambil bas ke Singapura.

ada banyak company bas yang masuk ke Singapura. tapi kebetulan kami turun, Causeway Link yang tersedia depan mata. naik saja ye...



dengan bas, ada dua destinasi.

1) Kranji Station - RM1/pax - naik mrt untuk ke singapore city
2) Queen Street - RM 2.50/pax - naik mrt dr stesyen Bugis

disebabkan dulu kami dah cuba destinasi 1, kali ni kami cuba destinasi 2.



bas membawa kami ke imigresen singapura...sebelum queue untuk cop passport, kene isi borang dulu.selesai isi borang baru leh queue.settle cop passport kami berlari turun ke tingkat bawah untuk sambung menaiki bas.

tiket bas kene simpan untuk pengesahan naik bas company yg sama.jgn main redah je ok..

perjalanan ke Queen Street memakan masa 45 minit. sampai je di stesyen bas, dari jauh kelihatan stesyen mrt Bugis. kami ke sana dan time ni ktrang discuss...sama ada nak gunakan EZ Link atau pun Tourist Pass.

Ez Link - ala2 touch n go.habis kene topup.
Tourist Pass - pass ke mana2 destinasi + unlimited ride - bas, mrt, lrt

kami terus tanya di kaunter Ticket Office. Staff tu cadangkan ambik tourist pass. so, untuk penjimatan berganda, kami beli terus tourist pass dengan harga SD10 + deposit SD10.b4 balik kene return n refund balik duit deposit :)


so pass dah ada, kami terus memulakan perjalanan ke Singapura......



kemana kami nak pergi?

1) Sentosa Island
tujuan utama kesini nak tengok USS nye pintu masuk wakakaka...nak masuk duit tak cukup lg.so tengok je depan globe tu.dan kalau sempat nak ke beach. tapi syg nye singapura sepnjang hari hujan. so kami hanya sempat sampai di USS je.

cara kesana
dari stesyen Bugis kami menaiki train ke Outram Park. tukar laluan untuk ke Harbour Front. sampai di sana jalan kaki dalam VIVO City.jalan ikut sign.confirm tak sesat :p
ada dua pilihan untuk ke Sentosa Island.
1) sentosa express - SD3/person
2) sentosa broadwalk - SD1/person

kami memilih cara 2.penjimatan ye :p






2) Chinatown
hanya tempat untuk membeli ole2.lebih murah dari Bugis Street.

cara kesana
naik train dr Harbour Front straight ke Chinatown.
3) Makan Sup Tulang Merah @ Golden Mile Food Court
disebabkn trip lepas x dapat jjcm, kali ni kami usahakan. sup tulang merah wajib makan kalo dah sampai singapura.

cara kesana.
kami sambung menaiki train sampai ke stesyen Dhoby Ghaot.(as kata stesyen pakcik dhoby kene gaot hhee) turun dan tukar line untuk ke Nicol Highway.sampai di Nicol Highway, ikut sign/jejntas terus ke Beach Road.turun jejantas dan ke kanan straight.akan jumpa masjid Hajjah Fatimah, Kampung Glam Community Centre dan sebelahnye Golden Mile Food Court.

dari bacaan di internet, ada yang rekemen Haji Kadir...ada juga Deen.sebab malas nak cari Haji Kadir, kami duduk je di kedai Deen. sekali hampeh. Haji Kadir betol2 di sebelah Deen....ekekke

sup tulang merah 7ketul bersaiz small SD10 + roti perancis. up dengan mee kuah.

rasa?tidak mengecewakan :) total lunch kami SD16 + air SD2.40
usai makan, kami meneruskan perjalanan......

kemana?

bersambung next entry (^_~)

Wednesday, October 6, 2010

Singapore is a DREAM city!

Lokasi : Singapura
Ahli : emy-mak-su-as-ana & epul
Trip:Sehari - 9am - 9pm
Budget : Budget selagi boleh...aku bawa $100...(currency $100=rm234) balik KL aku bawa balik $50..tukar RM balik :)

Transport : Bas (JB-Singapore-JB) - MRT & LRT (Singapore) - Jalan kaki hehe
*naik Bas ke Stesyen MRT --> Kranji...tambang rm1 ke singapore n $0.80 Kranji ke JB


@ Stesyen Kranji :)

Tempat2 Menarik yang sempat dilawati


a) Espalanade & The Merlion Park





kami naik MRT dari stesyen Kranji ke Stesyen City Hall...sampai sana ikut arah ke Esplanade dan kene melalui esplanade yang besar tu....keluar dari situ akan nampak merlion park...tp aku panggil singa keluar air liur hehehe

b) Pasar Geylang Serai



dari stesyen City Hall transit ke stesyen tak ingat pastu naik train ke stesyen Payar Lebar...berjalan kaki 10minit akan jumpa bumbung Minangkabau....situ la kawasan nya...berjaya gak aku rembat 6 blouse, 2 jubah, 3 tudung...kalau dh byk cmtu sah2 la kat sana murah....blouse aku rembat tu sehelai rm10....murah x??? :)

c) kampung Melayu singapura






sebelah je dengan pasar geylang serai ni...dah lalu singgah la kejap untuk bergambar :)

d) Bugis Street




kat sini pusat segala souvenier...bangunan ala2 sg wang je....penuh umat manusia...naik train n stop kat stesyen Bugis...aku beli 3 helai t shirt je kat sini

e) Orchard road







kalau ada duit syiok gak kot shopping barang branded kat sini..tengokla ada rezeki kami ke sana lagi aku nak beli handbag kuikuikui....ktrang berjalan kaki je...lotih jangan cakap...dan stop kat stesyen Orchard

# Corat Coret Singapura #

- plan asal nak ke Singapura datang nya dari mulut aku…sedar tak de duit tapi tetap nak berjalan.so aku tetapkan perbelanjaan ke sana seorang hanya RM250….

- Turun JB aku naik train senandung sutera…ambik 2nd class katil..coach ktrang tu penuh la india2…bangle…seriau nyer nak tido nyenyak ngeh

- Sampai stesyen JB kul 5.45am…konon2 kesian kat ana nak bangun subuh2 ambik ktrang, call lewat 6 lebih….tunggu2 x muncul2…sudahnya kul 8am baru dia sampai!tak tahu nak cakap cmne…nak marah ke nak gelak errrrr........

- Bekpes nasi lemak tersedap kata epul…kat Bandar uda…ermm memang la sedap..seharian aku lalok…letih..ngantuk…pening kepala…ntah2 pelaris dia x masuk dengan saka aku kot hahaha….tapi sedap la gak nasi tu :p

- Sempat beraya kat rumah kak salehah…thanks kak masak kan lunch untuk ktrang…su bertmbah sampai 3 kali…sedap nyer pasal muahaha

- Ktrang tukar duit kat JB…ingat lagi murah…rupanya lagi mahal…SD 100 = rm234.50….aku usha kat KL aritu baru rm232…padan muka aku kan…ingat JB lagi murah sbb dekat dengan Singapore…tak nak tukar kat KL.rupanya sangkaan meleset…bila dah puas jalan kat sana n balik JB tukar balik, epul dpt $100 = rm225 je…aku balik KL dapat tukar SD 100 = rm233…so tak de la rugi sangat :p

- System MRT n LRT diorang sangat la maju…I likeeeeee….ke mana2 ada je train yang menghubungkan diorang…eeii aku rasa kalo aku dok Singapore, aku x kan beli kete kot…naik MRT lg best ! eh eh..skang pon aku tak de kete gak walaupn duduk Malaysia hahaha

- Dalam train kiri kanan orang melayan iphone4…so mak rasa nak nangis tak??sila la ke singapura utk dapatkn iphone4 tu…I phone skang meh kasi hakak utk hadiah besday ekekekke

- Trip kali ni aku namakan trip nak berjalan tapi xde duit…mana x nye, dah mcm kene sponsored je...penginapan free…1st bekpes epul blnje…lunch umah kak selahah n dinner nuril tunang su belnje….2nd day pagi org KL bayar, lunch skip sbb turun singapore…dinner pon kul 11 malam kat rumah nuril…mak dia wat open house…last day b4 balik KL pagi beli n lunch g makan kat rumah mak ana…so percutian ktrang dah macam fully sponsored lak hahaa…tu pon x dapat nak singgah umah julet n kak erin…kalo lama lagi leh je terjah rumah diorang plak :p

- Nak balik KL jalan kat JB jem…adoii tension2…bas kul 3.30…ktrang sampai 3.40…elok sampai platform A9, ramai umat manusia tunggu bas…so ktrang lepak la…gelak mengilai2 kat situ…kul 4 bas sampai…ktrang tunggu bas Mara Liner…yang datang bas Maju….semua orang naik bas tu….ktrang ber 3 je x naik bas…time tu baru la tahu yang ktrang dah ketinggalan bas…huhuhuhu

- Tiket bas balik KL plak, kawan as kasi diskaun..happy la kan semua benda leh budget…rege seorang rm31.20…tp kitorang bayar rm25.70…rezeki2…TAPI…ktrang tertinggal bas…so nak naik bas petang kene top up rm10…total seorang rm35.70…. wawawa

- Time management ana memang hancur!!..dari aku sampai JB sampai aku nak balik KL...sebab ana aku ketinggalan bas wawawawawa

- Su plak time nak g umah nuril leh lagi cakap kat phone yang dia tak nak basuh pinggan..sudahnya sampai sana memang kene basuh pinggan pun ekekeke

- Kat Singapore asyik la teguk air…air mineral, 100 plus n double choc ice blended coffee bean….ha satu aku nk ckp…kat KL berkira2 nk lepak minum coffee bean…kat sana macam x bersalah je lepak coffee bean…padahal sama je harganya muahahhaa

- Sepanjang hari kat Singapore x makan….breakfast kul 9am…lunch skip…dinner 11 malam…itupon makan kat rumah nuril….time tu semua makan bertambah kecuali mak pui2…hehehe

- next time kalo nak g singapore aku nak pakai sport shoes...pakai kasut sarung biasa kaki dah mcm x rupa kaki...hodoh dengan kesan melecet je...mencikkkk.... :(

- kalau pergi singapore lagi aku nk terjah sentosa island atau pon universal studio + shopping musatapha center....adalah rezeki tergolek ujung tahun ni kuikuikui

- kalau dapat pergi singapura lagi...................hahahaaha...aku x nak g singapore dah...nak masuk hatyai plak...budget harus sama rm250.... :)

itu je percutian sehari aku ke bumi singapura :)