Wednesday, March 22, 2017

Summary Percutian budget ke Koh Lipe, Thailand


Gemorninggggg......... (^_^)

Ok nak share dalam satu entry ni. Rajin plak kannnnn hahahaha

1) Transportation dari KL ke Koh Lipe
Reminder : JANGAN LUPA BAWA PASSPORT 

Ada dua cara :-
1) Langkawi, Kedah
2) Satun, Hadyai Thailand

Ktrang pilih cara melalui Langkawi. So kene masuk langkawi dulu dan naik ferry di telaga habour.

kami dari KL naik bas ke Kuala Perlis = RM 47
Jetty Kuala Perlis ke Jetty Pekan Kuah = RM18/sehala
teksi dari Jetty Kuah ke Jetty Harbour = RM 40/kereta

Jangan lupa bawa Passport ye :) kalau tak sia-sia datang langkawi tapi tak boleh masuk Thailand

2) Perjalanan dari Telaga Harbour - Ferry Koh Lipe

Macam mana nak dapatkan tiket ferry? KLIK Telaga Terminal

Pembelian secara online. Buat pembayaran dan email resit tu. Nanti diorang akan email ticket online.

Print dan bawa ke telaga harbour. diorang tukar kepada boarding pass. passport jangan lupa ye


Dapat boarding pass, kene g bangunan imigresen. Sebelah je dengan telaga terminal office. Beg tak perlu bawa.



Settle imigresen, semua passport dan boarding pass akan di collect oleh staff dan baru la kita akan naik ferry.



Dari telaga harbour , kene naik ferry. lebih kurang sejam lebih. sampai separuh jalan kene transit naik sampan. hahaha kelakar macam tak percaya tapi ferry tak boleh sampai ke darat.

so itu la option yang ada. enjoy gak  naik sampan ramai-ramai hehe

 dalam sampan.

3) IMIGRESEN Thailand di Koh Lipe 


Turun je dari sampan di darat tu, ktrang semua kene menuju ke pondok imigresen untuk collect passport. Proses ni tak de la lama sangat. Cuma tunggu nama kene panggil je. Dapat passport dah boleh ke chalet masing-masing.

Masa balik, datang pondok tu gak untuk bagi passport dan tunggu waktu naik sampan dan berlepas ke tengah laut. Step sama macam waktu datang :)

4) Penginapan - Adang Sea Divers & Eco Lodge, Sunrice Beach

Price : RM 105.80/night/room


Trip ni masa bebetul cuti 1may. So bayangkan la ramai nya orang malaysia turun sini haha...chalet kebanyakan FULL. tersesat jumapa Adang Sea ni. Tapi ktrang ok je. Ambik bilik ada kipas je. 1 malam dalam rm100 (2org). Not Bad gak. Nak ke Pantai pon dekat ada jalan short cut :)



 bilik kami sebiji macam dalam gambar

Overall ok. Selesa je chalet ni. tapi ada lagi yang lebih murah dan betul-betul depan pantai. Sila google ya.. :)

5)  Massage & Spa

Ada satu kedai tu bagi service massage terbaik. memang nora bagi 5 bintang hehe...kedai ni sentiasa full. so kene la booking sebelum datang. Harga mampu milik sangat-sangat. Massage badan rm30 + kaki rm15 = rm45... masa lebih kurang sejam setengah :)


6) Tempat makan HALAL dan Sedap

dah share entry sebelum ni. Klik SINI

7)  Kedai Souvenier

Sepanjang jalan walking street tu ada beberapa kedai jual souvenier. tapi tak de la apa yang best pon. keychain, tempat letak kertas, tshirt dan barang-barang hiasan. biasa stended pulau :)



7) Paling wajib buat -- ISLAND HOPING

Sayangnyaaaaaa kitrang tak pergi pun. Sebabnya malam tu memang pesta mabuk driver boat. So hari yang kami nak g island hoping tu, tak semua bangun. ramai pengsan tido lagi. Ramai giler orang stuck tak dapat pergi island hoping. Sedih sangat tapi apakan daya kan.

hari 3 kami dah nak gerak balik. cuba nasib gak kot la ada boat kosong. ternyata licin boat dan tak ramai orang nak buat island hoping.

Nak dpatkan pakej, sepanjang jalan walking street tu banyak kedai jual pakej ni. Pilih je nak yang mana. Full day atau Half day :)

8) TOTAL EXPENSES (RM)

1. Ferry Langkawi Koh Lipe (return) 922.00
2. Chalet Koh Lipe 3h2m  423.12
3. Makan 474.00

Grand Total = RM 1819.12/4
Total = RM 454.80 + shopping RM 150 (aku nye bajet)

Total = RM 604.80 /pax
**budget bermula trip ke Koh Lipe sahaja

Apa pun ktrang enjoy dan Happy dapat jejak Koh Lipe. Memang nak repeat tapi tak tau bila hahaha

Tamat

Koh Lipe, 2015

9 comments:

  1. lamanya tak membakor kulit ni...mcm menarik jer koh lipe ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. g la lepak koh lipe. tolong snap pic cantik2 kat island hoping ye hehehe

      sana panas melekatttt balik smua muka gelapp hehe

      Delete
  2. gadis ini travel ke koh lipe dengan budget sekian2 sahaja..hehe

    ok aku nak sent link ke kwn aku, buat bahan bakar..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahahahahaha

      kadang2 suka bagi rege bajet tapi tu x masuk ni x masuk ekekekke

      Delete
  3. Koh lipe!! Best jgk ke sini rupanya leh masuk ikut langkawi..kena plan ni..koh lipe x sama dgn koh samui kan ��

    ReplyDelete
  4. sis..hotel yg murah2 senang cari x ya?

    ReplyDelete
  5. hotel murah senang cari tak kat sana

    ReplyDelete
  6. Hai Ka Tan,

    Senang cari. kalau u pergi bukan peak season, hotel/chalet tak full :)

    ReplyDelete