Saturday, April 16, 2011
yeay dah tukar header :p
Monday, April 11, 2011
Ana datang KL lagi??????
datang last minit maka x kemana la ktrang.bawa ana & epol ke KLCC je... *aku paling x suka g KLCC :p
bergabong dgn su & mak @ tomei
sue berjaya membeli cincin..cantik!
mahal la emas skang.1gram=rm157 furrhhh
Thursday, April 7, 2011
kerana mu BR...
semalam aku rasa mcm hidup aku kelam kelibut.seyes letih, penat satu badan..gara-gara nak mengejar saham akhirat.eh silap saham bank rakyat (BR) :)
ye bank rakyat buka lot saham untuk tambahan + baru.tapi dia limit kan seorang leh dapat rm500 je...wawa...nape tak 5000???kenapa?kenapaaaaaaaa?????hehehe
pepagi rabu aku dah ready nak redah BR...bangun tido-siapkan bekal-terus naik bas g BR jalan ipoh.sampai sana dia kata borang dah habis.ada baiknya aku terus ke jalan tangsi.HQ BR.
dengan semangat yang ada, aku naik bas ke MJ.pastu ambik cab lak ke sana.mencabar2..sampai2 tengok selautan umat manusia menunggu no giliran.
ambik borang, isi jap.tup tup no dah habis.dia buka balik kul 1pm.tengok jam baru 10.45am.adoii mana la aku nak pergi.kang berjalan ke Sogo takut lewat lak kan ...
sudahnya aku bergayut dengan KKS..kejap call mak.kejap call kak kin.kejap call as.kejap kang su-mak-kak kin call balik...gitu la jadinya. :D
untuk menghilangkn kebosanan melampau, aku jalan la kaki ke taman tasik perdana.idak la sampai taman tu.dapat lepak kat labu sayung pon jadi la...
sambil jalan, dok berborak dengan cik as.bila dia tahu je aku nak beli saham, dan-dan dia pon nak g beli gak :D
maka layan la pic aku kat labu sayung ni :p
nak ilangkan boring, aku makan bekal sambil ber MMS dengan mak pui & kak kin...

entah hape2 aku bekalkan...ekeke
kak kin anto MMS plak dengan kata semangat... "berusahalah!!!!"


gemuk betol jari aku kan hehe
tup tup dia cakap camni...
"ko tau aku keje kat kaunter.ktrang 3 orang jaga kaunter semua ada degree.orang ingat ktrang ni tahap SPM je"
time ni aku nak je reply balik...tp ayat aku cmni la plak...
"sama la dengan tempt keje aku.ktrang 4 orang jaga kaunter library semua ada degree library science..."
muahahha...tapi tak terkeluar..aku hanya mampu cakap "yeke..." hehe
tak yah mention pon x pe...dari gaya ko cakap pon aku tahu ko level mana muahahha.cakap dengang dengung tapi otak kosong.wat pe camtu kan :)
settle aku nye urusan dalam kul 2pm.elok settle as sms dr perak dia pon dah selamat mensahamkan diri...yeaayy...berjaya gak as beli saham rm500 tu :p
dari BR aku menapak ke KWSP...singgah jap nak ambik salinan penyata.pastu aku sambung jalan kaki ke Sogo.beli roti & tuna.lepas ni kene la berjimat cermat.500 dah lebur macam tu je wawawa.....then terus shoot ke tempat keje...
plan asal aku nak cuti je semalam.tp ketua aku cakap mamat-manja shift dengan aku tu MC.so nak tak nak terpaksa la aku masuk keje.kul 3pm baru sampai tempat keje.tapi aku shift petang kul 8 malam baru balik....
gitu la seharian mengejar saham BR...hebat tol la BR ni...teruja aku.kalau la dapat keje situ...bonus berbulan2....furhhhh......
mana tahu 2-3 tahun lagi aku dapat tambah saham BR kan (^_^)
yang berjaya mensahamkan diri -->aku, as, kak kin, adeq, miza.... :p
su - mak pui - jun cepatlah korang selagi stok masih ada !!!!!!!!
Monday, April 4, 2011
tak tahu nak letak tajuk ni
minggu ni aku keje shift.masuk kul 11 balik 8 malam.oklah syok g keje lambat.tido pon terlebih...
datang keje seyes aku ceria.rasa semangat la nak ngadap keje.baju pon meletopk.pinky-pinky tau...semangt!!!
bila masuk lambat, keje melambak kene buat...ditambah user semakin ramai masuk library.aku jadi letih & penat dan emosi aku pe lagi terus la lain maacam......
sudahnya aku jadi hangin satu badan, garang dengan user, nak marah jeeeeeeeeeeee....
kesian la korang.... :p
tapi kalau korang datang library aku ni, aku memang tak mesra pengguna walaupn aku duduk kat kaunter.muka aku susah nak senyum.aku malas nak meleret2...kalo serius cepat sikit korang blah kan ekeke.as kata tengok aku mesti orang tak percaya aku ni kelakar orangnye.muka garang.kalo aku masam la.time gelak mmg xhengat dah :p
pastu arini ramai tol kene bayar denda.kesian korang lagi...
tadi konon nye nak g Maybank.nak join AHB..pelaburan hartanah tu.tapi apakan daya dah tutup la....baru skang ni aku ada duit.so aku nak la beli lot saham tu.sedih nye.sampai aku tak lalu makan.tapi aku order nasi goreng lak tadi muahaha
ni semua salah en lelaki..kalo tak kerana dia aku dah lama beli saham tu huhu...b4 ni aku dah datang maybank tanya pasal saham ni.tapi org tu suruh en lelaki ni incharge aku.so aku tanya la dia.tapi semua dia tak tahu.semua dia kene call orang lain confirmkan.aku terus buat muka.menyampah nye!!dah la ko jual product pastu ko tak tahu.last-last dia cakap b4 aku blah..
"sory eh.sy baru lagi .tak bape tahu"
wakk luuu.....aku lagi la org luar.aku tahu je.aku wat research b4 aku datang.tapi sebab dia x meyakinkan aku.tu pasal aku chiao :(
aku dah mengadap en lelaki dah 2 kali kot.aku berdoa supaya aku datang lagi aku tak perlu mengadap dia.x sukkkaaaa walaupun dia ensem..erk
en lelaki ni mmg ensem.ensem sgt.lagi2 tengok dia bercakap.tapi sebab dia komunikasi failed maka aku terus x sukaaaaaaaaaaaaaa hahaha...
tadi g maybank lg..aku nak jumpa Mayi.nak tanya pasal insurans.tup tup nampak dia.boleh tak aku tak nak pandang.menyampah tak habis2 lagi ni.....alih2 org tu suruh dia gak pergi panggil Mayi.cakap aku nak jumpa
belum pernah aku x nak tengok lelaki ensem.tapi kerana en Iz ni terus aku...blueerkkkk.....hehehehe
yang ni kesian kat aku pasal aku tak dapat join AHB tu wawawawawa
cepat la kul 8...nak balik ni :p
Thursday, March 31, 2011
Kalau aku ngandung sape yang bersalah?
eh tetibe tajuk entry macm gitu nape??hehe pagi tadi aku g keje mcm biasa la naik bas...sejak keje di tengah kota ni belum ada sape2 la nak tumpangkan aku g keje muaahahahaha....
hai pjan...rindu nak naik kete u la :p
kebetulan plak pagi ni aku berdiri.hampeh tol la.mcm ne aku leh lambat rebut naik bas ni hehe...so berdiri la sebelah awek yg sedang duduk sambil pegang handbag coach-tak-ori muahaha
tetibe dia senyum kat aku...terus berdiri dan kasi aku duduk.aku kan pantang berdiri2 ni..duduk mmg syorgaaaaaa.... :) tapi yang aku pelik, dia berdiri sepanjang jalan.aku dibiarkan duduk... arghhhh... tertekan!!!!!... mula la aku terfikir2...
mesti dia ingat aku ngandung kan??????
kalo dia pikir yang sama, ni kali ke dua aku kene...b4 ni pernh gak kene..tp dia tny aku "are u pregnant?" aku terus cakap "NO!" wahhh garang tu hehe
so,sape2 ada yang jual premium beautiful, contact la aku ye...aku nak order 1 la ekekke
*terus aku tak lalu nak makan...rasa nak sit-up je sepanjang hari hahahha...poyo!
Wednesday, March 30, 2011
Breakfast @ McDonald
korang tau tak pasal free breakfast ni?mungkin aku ketinggalan keretapi sebab aku baru tau jumaat lepas...tu pon baca suratkhabar metro.tengok ada kupon.. :)
hati membara nak pergi tapi sape eh aku nak ajak breakfast pepagi buta ni?
terus ajak na teman.kebetulan tempt dia praktikal kat masjid jamek, dah dekat sangat la tu nak g McD....
seawal 6.30pagi ktrang dah kuar umah.dapat bas 6.45am dan sampai kat McD tu 7.30am..beratur sikit punya ramai.maklum la barang free sape tak nak :p
dalam kul 8am aku dapat makanan...bukan pe nak kejar adik aku masuk keje 8.30am..aku ok je masuk kul 9am :p
dia makan laju2 then terus blah...aku layan lepak lagi pastu aku chow naik lrt ke tempat keje :)
so kalo sape2 nak tambah lemak secara percuma, boleh la ke McD berdekatan.eh tak percuma..tapi kene beli rm5 untuk melayakkan anda dapat free big breakfast untuk 2 orang :D
sempat lagi aku poyo makan hash brown tu ekekeke
dah aku makan free, maka aku belanja kawan-kawan library nasi lemak sebungkus...nak belanja McD x leh guna kupon lebih dari 1...so nasi lemak je la ye korang :p
Monday, March 28, 2011
Day 2 : Cuti-Cuti Krabi
pastu diorang bawa ke laut dalam untuk snorkeling.aku tak tahu apa nama sebab lupa hehe...dua tempat dia stop.dalam sejam gak la...tempt pertama aku turun.konon2 nak snorkeling.tapiii..........
aku cuak!sebab tetibe kaki ko terapung2 di tengah laut.aku ni kalo kaki x jejak tanah mula la rasa macam nak mampos.muahaha...aku dok berpaut tepi bot.as n mak dah berenang ke tengah2 menikmati pemandangan dasar laut...wawawa....su bagitau org tu aku tak reti berenang.tolong naik kan ke atas bot.faham2 sendiri la kan cmne susah nye org tu nak bantu aku yg badan besar ni wakakaka...sudahnya aku tak berjaya pon snorkeling tengah laut.tengok dari atas bot je la....ehhehe
akhirnya selamat gak kami sampai di Aonang.lega rasanya....pengalaman melawat pulau2 di Krabi memang best la :)
balik chalet Adam Bungalow & check in.mandi2 terus tido seround.penat jangan cakap la...malam dalam kul 8 lebih baru la ktrang kuar ke night market.
sampai je Aonang Centre, ada lagi makcik tu beroperasi.ktrang order nasi goreng nenas, aku nasi paprik, tomyam kong yang memang sedap n as mee apa eh..tp dia mcm kuey teow...kalo makanan thai ada mee tu.aku pon tak tahu nama sebenar :)
lepas makan jalan2 area situ then terus pulang ke chalet...sempat tengok diorang wat show dengan api..macam2 gaya la...tapi tgk dr jauh je la...nak tengok dekat kene lepak bar diorang :p
balik bilik terus pengsan....eeii....tak sabar nak alik KL....yeaayyyy!!
























