Tuesday, August 10, 2010

Teman Baru....

agak-agak kenal tak budak baju hijau tu :p

tu kawan blog + fb yang aku baru jumpa...cik einaz :)

dulu time aku nak berdiet, sibuk la klik sini sana.sekali terjumpa blog einaz ni.semangat wei dia kurus.dia kata b4 ni badan dia lagi besar dari aku.tapi setelah setahun berdiet badan cun gilerrrr....jaga makan dan exercise!

terus semangat nak diet setahun hahaha...jun pon sangat men-sapot aku supaya berdiet ketat!

dan ktorang kerap la berhubung kat email.pastu dia ajak aku join dia dengan kawan2 dia ke FRIM.aku macam nak join....paksa rela jun join sama..jun on, aku terus setuju nak follow.dan kitorang berjumpa di FRIM, Kepong....

so...einaz orang ke 2 aku jumpa...1st jumpa kd...teringin juga nak jumpa yang lain-lain kat kepochi link tu...maksud aku memang aku tau diorang kat alam maya antaranya : cool - kak mya - madey - meen - cikin....rasanya cool paling lama kenal tapi tak pernah jumpa pon :p

yang lelain tu semua kawan sengal + kawan2 belajar + se-opis + ex-opismate + sepupu + sedara mara.... :)

thanks cik einaz ajak join ke FRIM......nanti kalo nak hiking lagi kat mana2 ajak la lagi eh :)

dan...untuk ko cik jun....thanks teman kan aku eh...ekeke

Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
**baik nye bodek wakakakkaa

p/s:nak update pasal FRIM lak

Monday, August 9, 2010

Wajib Tonton : The Last Airbender


sabtu lepas aku dan geng mapley pergi tengok ceta ni...tetibe jadi geng mapley...mana tak nya memasing kemaruk masakan mamak...aku-mak-sue roti nan ayam tandoori...jun mee goreng mamak walaupn yang masak melayu ekekeke

ceta ni best...best untuk di layan tapi jangan layan midnite....hahaha

aku tengok ceta ni dari mula sampai nk ujung2...pastu aku ON dengkur...ngantuk weii...tengok midnite mata stim giler...mungkin sebab aku siang nye dah berjalan nyoping kat jalan tar...malam tak larat....

tapi jun awal2 dah dengkur....zzzz....lagi awal dari aku....

mak dengan sue je celik mata diorang yang sepet tu hahaha....tapi ceta ni best...sampai sekarang aku asyik buat aksi Aang b4 nak berlawan...dan cara nak manipulasi air...

sekarang ni baru Book One:Water....ada 3 buku lagi...sebabkan aku dengan jun tido..mak kata kitorang layak tengok Book Four je terus....hampehhhhhh hehhe

kalau nak tengok, sila ke pawagam berhampiran :)

p/s:kartun dia ada kat astro kan?

Sunday, August 8, 2010

Short Break:Port Dickson

aritu aku pergi bercuti ke PD....dokek jo.. :p

kali ni percutian free-of-charge sebab penginapan dan makan di tanggung...bawa je la beg pakaian...dan duit kalau nak shopping hehe

lelaki di belakang itu yang men-sapot perbelnjaan seisi keluarga...tq ayah ngah!

aktiviti macam biasa...sampai PD sabtu petang.check in apartment pastu lepak minum2.aku bawa behun goreng.diorang plak dah tapau McD GCB....so layan makan2...pas maghrib terus chiao ke swimming pool.berendam malam2 adalah sangat best!

ayah ngah suruh naik nak ajak pergi makan....semua macam slow giler bersiap.kul 10 baru kuar.g makan kat Restoran Nasreen area Teluk Kemang.aku rekemen kalo sesiapa nak makan sini.sedap+service bagus.harga tak mahal sangat.standard. :D

sempat lagi tu posing depan cermin...hahaha

ikan siakap 3 rasa - lala sambal - telur bungkus - udang bawang putih - kailan 3 rasa - tomyam campur -->semua LULUS kat tekak aku :D

balik rumah apa lagi mahu layan mata.ngantuk giler.bawa laptop dan DVD tapi macam hampeh.tak de maknanye nak layan.baik la zzzzz hehehe....

ahad pagi baru la aktiviti bermula...kul 9 baru bangun.g cari sarapan.sempat singgah teluk kemang tu.aku sambar seluar pendek + topi.g PD pon nak shoping.ntah hape2 la aku ni hehe....pastu baru cari sarapan.sedap la sambal sotong kering makcik tu...dah la sotong dia besaaarrrrrrrr...kalo kat KL mimpi di siang hari la nak dapat sotong banyak2...huhuu

budget cun la konon pakai topi merah ekeke

siap bersarapan, barulah kitorang turun ke laut...usop ajak naik Storm.aku dengan ika tak cakap setuju ke apa terus paksa2...eeiii aku mati hidup semula pon tak kan naik.hati aku kecik.badan je besar muahahah....aku duduk dalam bot dengan abang bot tu ekeke

usop - ika - bini usop....
padan muka korang ekekeke

usop lagi dan apik plakk....

dan sempat la posing seketul dua kat tepi pantai tu..kali ni aku tak turun mandi kat laut...sayang kulit uuuuuuuuuuuuuuuuu....ekeke



dan percubaan melompat ke langit yang paling berjaya...dulu lompat kat Sarawak sampai krem kaki...kali ni tidak...malah tinggi la gak hehe


pastu terus terjun kolam...aku siap pakai swiming suit lagi...tapi versi muslimah ler...cekciiiiiiii...dalam kolam baru tanggal baju.malu arr ekeke



sepatutnya check out kul 12, tapi dok leka berendam dah lajak sampai kul 1 lebih...naik rumah siap2 then checkout kul 3...nasib baik tak kene extra charge... :p

pastu terus gerak KL.....percutian kali ni muka tak burn sangat tapi kulit muka mengelupas dan bibir pecah.owh bibir ni sebab ika tendang time berenang...sakit sampai sekarang :(

itu je kisah short break ke PD....best3 sebab aku cuci kaki je kot muahahahha

tata ;)

Thursday, August 5, 2010

Blog Award

salam :)

sejuk nyer arini.kat luar hujan pulak.asyik kuar masuk toilet je le :p

dah lama tak dapat award.tetibe antu tinggal jejak kata dapat anugerah.ok copy je dari blog beliau :)



1. Ucap terima kasih kepada orang yang memberi anda awards

- Terima Kasih Madey!
2. Tag 15 orang yang anda fikirkan menarik untuk dibaca

- Link kat Kepoh-chi semua menarik.otomatik aku tag!
3. Memberi tahu kepada orang-orang yang bertuah di chatbox anda telah ditag

- ok.esok lusa aku bagitau ;)
4. Nyatakan 7 tentang diri anda

- anak sulung dari 3 orang gegirl
- seorang yang banyak cakap dan suka gelak
- suka makan, makan dan makan...
- kalo dah suka makan, otomatik suka berjalan
- kalau bertekak atau kasi pendapat, mesti nak menang
- suka mengarah orang ahhahaa *dah anak sulung kan :p
- sangat sensitif.jiwa lembut walaupun luaran tak macam perempuan melayu terakhir pon :p
siap :) settle hutang dengan Madey :)
p/s:Madey --> lama tak nampak :p

Monday, August 2, 2010

3 Destinasi 1 Hari : Shah Alam {Kota Lampu}


selepas belajar sejarah di Muzium Negara, kitorang meneruskan perjalanan ke Shah Alam :)

tujuan utama memang nak ke Kota Lampu - I City...best dapat tengok lampu dan juga posing :p





nampak tak atas kepala aku ada cekak lampu2 tu :p
kerana cekak tu ada budak rengek2 nak gak...cian dia...
ayah dia suruh minta dari aku heheheh







penat?mestilah penat.sampai tengah malam baru sampai rumah.tapi yang penting enjoy :) sekarang ni kadar bayaran masuk I City RM10 seorang.mahal betol.bagi aku tak pergi pon tak pe.ada lampu je pon :P

so tamat perjalanan aku 3 Destinasi dalam 1 hari (~_^)

Thursday, July 29, 2010

Pertunangan Mengikut Syariat Islam

**email yang di forward kepada emy takeshi :)

Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardu ain si lelaki ´benar-benar beres´ kerana suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumah tangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja sebagai syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga.

Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ´Queen Control´ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut hukum Islam.

Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan sama ada mahu menerimanya ataupun tidak, cuma secara beradabnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

Bagaimanapun, jika si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya daripada pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti menjaga adab. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua.

Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja.

Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.

Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Bersabda baginda lagi yang bermaksud:

“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda.

Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham).

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya:

“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan.

Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat.
Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang melihat tunang secara bersendiri. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita menerusi sabda baginda yang bermaksud:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.

3 Destinasi 1 Hari : Muzium Negara

sambung lagi :)

selepas settle bermandi manda, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Negara....sebelum ni aku dah pernah pergi...muzium yang terkini lebih menarik...so kalau orang luar nak kenal malaysia, cukupla bawa ke sini...semua info ada :)


wajib posing dengan keretapi lama


tapi aku dah tak larat nak tawaf lagi....aku dan pijan kuar dulu...nak cari tempat minum sementara tunggu yang lain tawaf muzium tu...kuar dari situ nampak pameran keranda...b4 ni ada baca dalam suratkhabar...so kitorang try masuk :)




yang pasti aku tak berminat keranda ni ekeke

banyak sangat jenis keranda dan asal usul keranda dari mana...leh tahan menarik...macam2 jenis keranda dari dulu sehinggalah kini....elok2 kuar tu, ada plak poster World Cup...aku tetap pilih Belanda walaupun kalah....Belanda = Oren....i luv oren muahahaha


i luv oren!

habis melawat pameran keranda, kitaorang terus lepak cafe...macam tak pernah jumpa makanan...semua benda nak makan...burger, wafle, jagung rebus, aiskrim...nasib baik aku tahan pijan dari beli ice blended...sebab mahal sangat...rm5.50...kalo murah, mahu beli gak tu :p

bila la nak ke Ipoh eh ;)

semua dah settle, kitorang meneruskan perjalanan ke Shah Alam...lagi cerita next entry eh ;)

Thursday, July 22, 2010

3 Destinasi 1 Hari : Desa Water Park

dalam sehari aku ke 3 tempat sekitar KL...ni semua bawa anak2 Indonesia bersiar2... :D

1st, kami ke Desa Water Park...kat area Sungai Besi tu...ok gak tempat ni...tak besar dan kecil sangat...harga pon biasa2 je...untuk dewasa rm20 dan kanak-kanak rm16 (tak sure la)..tapi kami kesana dapat diskaun... :)


dan semestinya muka aku hitam lagi...baru nak cerah balik dari Sungai Kelah....tambah dengan yang ni, ermm gelap macam tu la juga......muahhahaa


lepas je aku tengok ombak buatan tu best giler, terus aku tukar seluar dan simpan barang berharga dalam locker....apa lagi....mandi time bebeh!!!!!

ombak tu kuat... kalah yang kat laut...kat sini nak tahan kaki pon tak mampu...ombak bisa hanyutkan kamu! :)

dan kesannya :- kulit terbakar dengan teruk sekali...... dari pagi berendam sampai kul 2ptg...rasakan :p

sekian :)

Wednesday, July 21, 2010

@ Kota Keriangan Genting Highlands

isnin lepas aku ke genting :)


tapi tujuan ke sana bukan pergi sebab berhibur...lebih kepada kerja...turn aku kene bawa visitor dari Indonesia berlibur di puncak genting....kalau pergi dengan kawan2, mungkin banyak benda gak aku main...tapi ibu niknik enggak mahu main benda2 yang bisa jiwanya kalut gitu....hehe...

so aku main benda2 yang tak mencabar....nak jerit pon tak de sebab ekeke.....lagi satu aku kesana nak bergambar pon macam mati selera...sebab nya geng posing tak de la...tak syiok jadinya huhu

nantilah aku nak paksa kawan2 aku pergi genting...baru ngam jerit2 dengan geng sendiri.... :)

papepon aku dah ke genting.... kd, bila mahu pergi??? ;)

Sunday, July 18, 2010

Wajib Tonton : Mantra

cilok dari blog kak mya :)

ceta ni tak de dalam senarai movie yang aku nak tengok... :)

asalnya aku nak tengok Despicable Me....alih2 sampai MBO, mak n jun macam tak berminat nak gelak ketawa di malam hari...diorang nak layan ceta seram....aku terus jadi lemah gemalai...dan diorang bersetuju kasi aku duduk seat tengah2...kalo takut leh peluk member kan ekeke

tapi sepanjang ceta ni 1jam 30minit, tidak kedengaran suara aku menjerit....langsung tak de...tapi suara jun terkejut dan menjerit ada la...sape yang penakut ntah ahahaha...aku ni memang tak kan tengok ceta seram kat wayang....kat rumah pon kalo part seram lari masuk bilik...inikan plak nk tadah muka tengok wayang....tidaaakkk.....

overall ceta ni bagi aku biasa2 je...tak dela rasa rugi duit g tengok...tetap enjoy...paling tak tahan satu panggung gelak, bila muzir datang kat ani sambil wat muka romantik giler....teringat2 mamat belakang aku bersuara 'romantik sial....' muahahaha

kalo rasa nak tengok silalah ke pawagam berhampiran...bak kata bro yang jaga kaunter tikett....
ktrng:seram x ceta ni...
dia:ala...hantu melayu mana de sampai keluar screen...

gile kentng dia kutuk ceta melayu ekeke...tata :)


Friday, July 16, 2010

:-((

tak sangka aku rupanya minggu ni minggu kesedihan aku... :(

isnin lepas aku dapat surat untuk tukar position...dari library kene join admin...sedih???mesti la sedih...sampai tak leh pejam mata aku jadinya....2-3 malam tak leh tido.terjaga tengah malam siap terfikir2...ingat senang ke nak lepaskan library....pastu join admin lak...wawa....

tapi dah 2 hari aku melalui nyer, aku rasa ok je...Allah dah merancang untuk aku....dan kene la aku terima seadanya.........mungkin ini yang terbaik....

pagi tadi aku rasa tak sedap hati....tak tahu kenapa...tertanya2 gak pe aku buat sampai lain macam je....tup...tup...sampai office, tengok FB, tahu la jawapan nyer....aku terus rasa kosong...boring....sedih...entahlah....macam tak leh nak fikir lak.....nasi ayam feveret pon aku leh buang je dalam tong sampah...ni memang sedih giler ni!

dan tadi tengah ber FB, kak kin tag post...anak Dee dah tiada...meninggalkan umi nya...bertambah sedih hati aku...patut la 2-3 hari teringat2 dee...tapi dah ingat tak plak aku sms/call...dok diam je...rupanya ada benda nak jadi....Dee, sabarlah....mesti ko lagi sedih dari aku....huhu

happy dee peluk aku....huhu

sedih pergi la jauh-jauh...... :(